Dah lama dah kami mengintai Adidas Alphaedge 4D ni. Kasut yang pertama menggunakan teknologi 4D untuk membina tapaknya.
Bouncy dan lembut, memberikan anda keselesaan untuk larian jarak pendek dan juga power run.
Bagaimanapun kasut ini terlalu mahal untuk pelanggan, harganya dijual pada RM1400 sepasang kerana teknologi pembuatannya yang masih baru dan terhad.
Setakat ini Alphaedge ini bukan direka untuk marathon dan mungkin juga bukan untuk half-marathon, tetapi untuk atlet amatur menggunakannya semasa latihan untuk membantu meningkatkan prestasi mereka.
Ia juga lebih berat daripada Ultra Boost keluaran Adidas dan yang lain-lain sekaligus Adidas menyarankan ia untuk digunakan bagi latihan.
Tetapi kalau dapat pakai, kasut ini memang bergaya dan kena dengan apa sahaja stail pemakai.
Alphaedge 4D ini masih di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan saya pasti, apabila ia disempurnakan, ia bakal menjadi lebih murah.
Satu persoalan yang menjadi tanda tanya ialah, apa jadi kalau batu atau kotoran memasuki celah tapak jaring-jaring 4D yang seakan rekaan spring zaman moden ni?
Jawapan yang diberikan wakil Adidas adalah anda perlu menggunakan air gun ataupun semburan angin untuk mengeluarkan kotoran yang tersangkut di dalamnya.
Sudah pasti dengan harga yang mahal, kasut ini tidak akan digunakan di permukaan yang kotor.
Sanggup tak beli kasut larian premium berharga RM1400 ni? Kongsikan pandangan anda dengan kami.