Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aplikasi TikTok yang membina platform perkongsian yang menapis kandungan yang bertentangan dengan polisi negara China.
TikTok dimiliki pembina aplikasi berpangkalan di China, ByteDance.
Dakwa Zuckerberg, TikTok menapis segala kandungan yang berkaitan dengan protes, bukan sahaja di China malah di Amerika Syarikat.
Zuckerberg memberikan contoh aplikasi miliknya seperti WhatsApp digunakan aktivis dan peserta protes di seluruh dunia kerana ia menggunakan kunci penyulitan dan perlindungan peribadi yang terbaik.
Namun Zuckerberg mendakwa, TikTok yang semakin berkembang penggunaannya di seluruh dunia adalah China mengeksport visi mereka mengenai pengunaan internet kepada negara lain.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Zuckerberg semasa memberi ucapan di Georgetown University.
Pada masa sama, jurucakap TikTok menafikan penglibatan kerajaan China dalam polisi kandungan aplikasi itu.
Betul ke TikTok macam tu? Ataupun anda semua tak kisah pun, janji boleh tunjuk anda bergelek dalam tu?
sumber foto: Instagram/Zuck