BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 4 Disember 2019

Iron Maiden X West Ham United


Kumpulan metal legenda, Iron Maiden bekerjasama dengan West Ham United untuk mengeluarkan koleksi eksklusif diinspirasi daripada warna klaret dan biru kelab London Timur itu.

Apa kaitan kedua-duanya? Rupanya pemain bass Iron Maiden, Steve Harris adalah penyokong setia Hammers sejak lebih 50 tahun lalu. Maka dia yang mengilhamkan kolaborasi ini yang telah pun dijual di pasaran sejak beberapa hari lepas.

Jersi khas ini memaparkan lencana klasik kelab (Steve tak berapa suka lencana baharu), dan di bahagian tengkuk pula lencana yang diubah suai dengan imej tukul dan gitar bass bersilang.

Pada bahagian kanan dada pula logo IMFC dan perkataan Die With Your Boots On di bahagian lengan kanan. Nombor 11 yang menjadi nombor kegemaran Steve dicetak di bahagian belakang.

Bukan sekadar baju, koleksi ini juga datang lengkap bersama seluar pendek dan stokin.




Apa macam? Cun?

*Sumber gambar 666.ironmaiden.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu