![]() |
Foto: Twitter @viticci |
Satu pengumuman yang dibuat mengenai fungsi terbaharu bagi iOS 14 adalah Back Tap.
Apa itu Back Tap?
Menurut Mashable, fungsi Back Tap memboleh pengguna untuk menetapkan fungsi shortcut untuk menghidupkan mana-mana aplikasi atau fungsi pada iPhone, dengan menekan pada bahagian belakang badan iPhone itu.
Ini bermakna sesuatu fungsi dapat dihidupkan tanpa menekan skrin iPhone.
Sebagai contoh, pengguna iPhone boleh menetapkan untuk tekan sekali atau dua kali pada bahagian belakang peranti itu untuk menghidupkan mana-mana fungsi dengan cepat.
Fungsi Back Tap ini dilaporkan Federico Viticci, pengasas Mac Stories selepas menemubual jurutera senior Apple, Craig Federighi.
Bagaimanapun, iOS 14 baru di peringkat pembangunan beta dan ciri-ciri tersebut mungkin ditambah baik atau tidak dibangunkan bersama versi percubaan yang akan dikeluarkan nanti.