BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 4 Jun 2020

Misteri burung dodo


Model dan rangka acuan burung dodo di Oxford University Museum of National History.

Dodo adalah sejenis burung tak boleh terbang yang hanya mendiami kepulauan Mauritius, yang dipercayai telah pupus pada sekitar tahun 1660-an.

Penampakan pertama dodo yang dicatatkan adalah pada 1598 oleh pelayar Belanda, walaupun pelayar Portugis mendakwa telah menemuinya lebih awal ketika mereka singgah di kepulauan dekat Madagascar itu.

Menurut catatan tentang haiwan itu, dikatakan dodo berdiri setinggi kira-kira 1 meter, berat sekitar 10-17kg, dan rupanya hanya diketahui daripada lukisan dan lakaran mereka yang pernah melihatnya. Tiada foto juga spesimen lengkap bangkai haiwan ini.


Gambaran burung dodo oleh Jacob Hoefnagel, sekitar 1600-an.

Punca sebenar kepupusan dodo tidak sampai 100 tahun daripada ia mula-mula ditemui sehingga ke hari ini masih menjadi misteri.

Ada mengatakan ia kerana sifatnya yang terlalu jinak, tidak mampu terbang dan melarikan diri, ia menjadi santapan para pelayar. Namun beberapa catatan pelayar menyatakan bahawa daging dodo adalah keras dan tidak sedap, cuma bahagian perutnya sahaja yang menyelerakan.

Satu lagi teori mengatakan bahawa kehadiran pelayar membawa haiwan-haiwan asing seperti anjing, babi, kucing dan monyet ke kepulauan itu telah menggangu ekosistem uniknya lalu memusnahkan aturan pembiakan burung itu (anjing, babi dan monyet memakan telur dodo).

Ada juga mengatakan bencana alam seperti banjir besar dan dan tsunami memusnahkan habitat burung dodo. Tetapi tidak juga, kerana mereka masih hidup selepas fenomena letusan gunung berapi melanda kepulauan Mauritius lama sebelum ketibaan manusia asing ke situ.


Spesimen kepala sebelah kanan yang dimiliki Oxford.

Apa yang ada hari ini untuk dirujuk adalah beberapa spesimen seperti kepala, kaki dan tulang-temulang yang ditemui oleh para pengkaji. Juga ada pada jata negara, duit syiling dan matawang negara Mauritius.

Kerana misterinya yang membuatkan ada orang tidak percaya ia wujud dan menganggap ia sekadar haiwan mitos, dodo secara tidak langsung menjadi ikon kepada subjek kepupusan.

Contohnya, kalau seseorang atau sesuatu itu telah mati dan hilang dari pandangan, ia dipanggil 'dead as dodo'. Mana pi taktau apa pun takdak.


Wang syiling 10 Rupee Mauritius.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu