Sharifah Sakinah dikecam netizen kerana memuat naik gambar ini di Instagram. Kredit: Instagram @sharifah_sakinah |
Kuasa warga net memang tiada tandingan, namun pelakon Sharifah Sakinah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar yang terkenal dengan perwatakan yakin dan mulut tak ada filter itu kelihatan tidak terkesan dengan komen negatif netizen.
Tapi... tak ada apa yang boleh menjatuhkan Sakinah!
Sakinah memuat naik foto kelihatan jelita dan bersinar di bawah cahaya matahari, tetapi apa yang tidak kena kepada para netizen sehingga mereka berperang di ruang komen?
Apa komen netizen?
Tentunya semua orang tahu, netizen ni banyak kepakaran, termasuklah dalam bidang agama, dan pantang sekali mereka nampak wanita mendedahkan aurat di media sosial, yang mereka sendiri follow akaun tu.Tidak dapat dinafikan, gambar Sharifah sememangnya bukan memberi bayangan Wanita Melayu Terakhir, tetapi sekurang-kurangnya dia nampak cantik berpakaian gaun satin berwarna emas itu.
Apa lagi yang menggangu jiwa netizen?
Bukan itu sahaja yang mereka tidak puas hati... malah, mereka turut komen berkaitan tubuh pelakon itu atau terma yang diguna pakai ialah body shaming.
Sudah terkena dakwah, terkena body shame pula kerana tak sebesar seperti disangka... kesian Sakinah.
Apa-apa pun, kritikan netizen sebegini tidak dapat dielak dan tentunya Sakinah juga sudah bersedia untuk menerima segala komen sebelum bertindak untuk memuat naik gambar itu di Instagram miliknya dengan 2.4 juta pengikut.
Apa reaksi Sharifah?
Tindak balas terhadap komen negatif netizen. Kredit: Instagram @sharifah_sakinah |
Percaya atau tidak, reaksi Sharifah terhadap kritikan itu adalah dengan memuat naik lagi satu gambar seumpama itu pada hari yang sama.
Tetapi apa yang berbeza ialah dia menutup bahagian itu dan meletakkan kapsyen "Bising ah. Ok lah cover pakai tangan".
Kedua-dua gambar itu telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh netizen dengan lebih 7,000 komen dan lebih 100,000 "likes" pada kedua-dua gambar digabungkan.
Apa perasaan anda? Kongsikan pada kami di ruang komen artikel ini!