BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 10 Julai 2020

Kenapa sistem pemarkahan tenis pelik?


Banyak-banyak sukan dalam dunia ini, tenis mempunyai sistem pemarkahan paling pelik.

Selalu perkiraan mesti bermula 0, kemudian 1, 2, 3 dan terus berkembang sehingga permainan tamat. Tapi tenis bermula dengan 'love', kemudian markah pertama 15, diikuti 30 dan 40.

Kalau yang tak minat tenis memang haram nak faham. Orang yang minat dan main sukan ini pasti tahu bagaimana sistem perkiraannya, tapi saya pasti tak semua tahu kenapa begitu caranya.

Sebenarnya tak ada siapa pun tahu mana asal usul yang sahih tentang sistem pemarkahan tenis ini, tapi ada beberapa teori dominan yang menceritakan sejarahnya.

Kenapa markah kosong dipanggil 'love'?

Katanya, ia berakar daripada bahasa Perancis L'oeuf yang bererti telur, mewakili nilai kosong '0' yang menyerupai bentuk telur. Memandangkan tenis dikatakan berasal daripada permainan tertutup (indoor) Perancis jeu de paume, dipercayai orang Inggeris terus menerapkan perkataan L'oeuf menjadi 'love'.

Kemudian kenapa diikuti markah 15?

Teori yang paling popular kenapa tenis menggunakan 15 sebagai asas kiraannya adalah kerana pada asalnya, jam digunakan untuk menyukat pemarkahan.

Kerana empat mata diperlukan untuk memenangi permainan, maka mereka membahagikan waktu kepada empat suku jam. Bermakna, markah pertama adalah 15 (suku daripada 60 minit) dan diikuti 30 (separuh daripada 60 minit) sebagai mata kedua.

Tapi kenapa seterusnya jadi 40 dan bukan 45?

Kalau diikutkan, memang 30 ditambah lagi satu suku menjadi 45. Tapi katanya untuk memudahkan sebutan - 'forty-five' ada dua patah perkataan manakala 'forty' hanya satu, jadi lagi senang nak sebut 40.

Ada juga orang kata sebab markah ketiga dikira sebagai 40 adalah bersesuaian dengan teori jam, ia ada kaitan dengan keadaan apabila permainan terikat atau 'tied game' pada mata 40-40.

Apabila permainan sampai ke 'deuce', menurut undang-undangnya, seseorang pemain perlu memperoleh dua mata. Maka dari 40, ia bergerak ke 50 kemudian 60 bagi melengkapkan satu pusingan jam, dan untuk seseorang pemain itu memenangi game itu.

Faham tak?



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu