BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 9 Julai 2020

Samsung Note 20 Ultra bocor sebelum pelancaran




Kurang 24 jam selepas Samsung mengumumkan acara Unpacked 2020 akan diadakan pada 5 Ogos, seorang Youtuber sudah berkongsi bagaimana rupa Samsung Galaxy Note 20 Ultra.

Bukan setakat rupa, Youtuber itu, Jimmy Is Promo turut berkongsi fungsi dan demo menggunakan telefon pintar yang bakal dilancarkan pada 5 Ogos itu.

Beberapa hari sebelum itu, Jimmy turut membocorkan rekabentuk Note 20 Ultra itu menerusi beberapa gambar di Twitter.



Apa yang pasti, warna Mystic Bronze merupakan salah satu warna yang akan dikeluarkan untuk Note 20 Ultra.

Turut tercatat dalam keterangan video itu adalah Jimmy percaya bahawa akan terdapat 2 saiz untuk membezakan Note 20 dan Note 20 Ultra.

Perubahan paling ketara bagi Note 20 ini adalah bentuk dan saiz kamera pada telefon pintar itu.



Malah terdapat khabar angin bahawa pengimbas bagi kamera itu adalah tiga kali lebih besar daripada yang dipasang pada line up S10.

Ada laporan yang mengatakan ia akan hadir dengan kamera 108 megapiksel.

Spesifikasi penuh belum diketahui namun ada yang melaporkan ia akan hadir dengan skrin 6.87 inci WQHD+, bateri 4,500 mAh dan pemproses Qualcomm Snapdragon 865/Exynos 990 SoC.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu