Garmin memperkenalkan Instinct Solar baharu, jam pintar GPS yang menjanjikan bateri yang tahan lebih lama.
Design sama seperti Instinct yang terdahulu, cuma ia datang dengan panel solar pada permukaan jam itu.
Ia bukan guna tenaga solar sepenuhnya, tetapi anda boleh mengecas semula bateri jam anda.
Garmin mendakwa ia bateri boleh tahan sehingga 54 hari, bergantung kepada gaya hidup pemakai.
Ini jam yang sangat teknikal dan untuk orang yang serius.
Bagi saya, ia bukan satu yang menarik kerana tidak datang dengan skrin warna.
Namun bagi yang tidak mempunyai bajet yang tinggi dan mahu jam pintar yang mempunyai bateri yang tahan lama, inilah pilihan yang sesuai.
Instinct Solar dibina mengikut gred 810 piawaian tentera Amerika Syarikat untuk tahan lebih lasak terhadap udara panas, gegaran dan tahan air.
Instinct bagus untuk navigasi dan yang guna untuk kegiataan outdoor, walaupun ia sesuai untuk kegunaan hampir semua jenis sukan.
Selain Instinct, Fenix 6S dan Fenix Pro Solar turut dilancarkan Garmin pada Isnin.
Instinct bermula pada harga RM1,999 - RM2,199, manakala Fenix 6S Pro Solar berharga RM4,199.