BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 26 Ogos 2020

Memori Merdeka Ernie Zakri, Ara Johari, Lisa Surihani



Walaupun sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini akibat COVID-19, tetapi hati dan jiwa rakyat Malaysia tetap menghargai setiap pengalaman sambutan hari istimewa negara tercinta.

Bagi penyanyi, Ernie Zakri, dia tidak akan lupa pengalaman berada dalam perarakan ketika zaman sekolah dahulu, menjadikan itu antara memori sambutan Merdeka yang paling dirindui.



"Sekarang ni kita dah tak boleh sambut macam dulu, but still banyak lagi benda yang kita boleh buat untuk memeriahkan Merdeka, no excuse," kata Ernie ketika ditemui Rancak TV di Tayangan Perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan di TPC, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Perarakan sempena sambutan Kemerdekaan itu bukan sahaja sesuatu yang dihargai Ernie, namun juga satu memori paling indah bagi Pengacara Astro Go Shop, Raianna A. Rahman kerana pernah menikmati persembahan perarakan dari tempat duduk VIP, suatu ketika dahulu.

Raianna (kiri) bersama saya di Tayangan Perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan.

Bagi Ara Johari pula, dia paling rindu bersiap siaga dan bersolek untuk pertandingan pakaian seragam sempena Hari Kemerdekaan ketika zaman sekolah rendah dahulu.

“Benda tu paling cute la sebenarnya, sebab my mom akan jahitkan baju, sarungkan bendera Malaysia dekat bahu, Ara rindu sangat suasana masa tu”, katanya.

Penyanyi rap, Lil J juga merindui pertandingan yang pernah menjadi satu kebiasaan bagi sambutan Hari Kemerdekaan selama bertahun-tahun, di mana dia enjoy melukis dan mewarna gambar Jalur Gemilang, sekali gus menanam sifat patriotik sejak kecil lagi.

Dalam pada itu, pelakon Lisa Surihani sudah lapan tahun membangunkan rumah tangga, beranggap sifat patriotik adalah sangat penting dan harus ditanam pada diri seseorang sejak awal lagi.

Oleh itu, Lisa berasa wajib memasang Jalur Gemilang di depan rumahnya pada 31 Ogos setiap tahun, di mana dia serta anak-anaknya akan kibarkan bendera bersama laungan Merdeka.

Tonton video 'Memori Merdeka' untuk melihat jawapan penuh artis-artis tanah air tentang memori sambutan Merdeka mereka di saluran Youtube Rancak TV.






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu