BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 24 September 2020

KEMASKINI: Bila iPhone 12 akan dilancarkan?


Kemaskini mengenai pelancaran iPhone 12.


Ramai dah berteka-teki, tapi ramai yang bersetuju bahawa pelancaran tersebut akan berlangsung pada 13 Oktober.



Mungkin ramai yang kecewa acara pelancaran maya Apple Event 2020 pada Selasa tidak sebut langsung pasal iPhone baharu. (ada la Tim Cook usik sikit)


Apple Event itu hanya mengumumkan iOS 14, Apple Watch 6 & SE, iPad baharu dan platform Apple One serta Fitness +.


Kenapa tiada pelancaran iPhone baharu seperti yang dilakukan setiap tahun pada bulan September?


Pelancaran ditangguhkan kerana kebanyakan kilang produksi yang terlibat dalam pembikinan iPhone dan alat ganti terpaksa ditutup atau mengehadkan jumlah kakitangan bekerja akibat pandemik COVID-19.


Nikkei Asian Review sebelum ini melaporkan Apple akan memulakan produksi iPhone 5G pada pertengahan bulan ini dan apa-apa pelancaran perlu dilakukan sebelum 15 Oktober kerana kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat akan mula hangat sebelum undian diadakan pada 3 November.


Berdasarkan sejarah, Apple hanya menjalankan acara pada hari Selasa atau Rabu sahaja, jadi pilihlah tarikh yang sesuai, sama ada minggu pertama atau minggu kedua, Apple pasti mengumumkan iPhone baharu.


Apa yang pasti, iPhone baharu ataupun mungkin namanya iPhone 12 akan dilancarkan pada pertengahan Oktober 2020.


Jika tidak ia perlu tunggu selepas Pilihan Raya Presiden AS 2020.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu