BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 17 Oktober 2020

Ini sebab bagusnya makan coklat hitam, tapi...


Ya. Boleh kata ramai juga lah pernah dengar katanya coklat hitam atau dark chocolate banyak kebaikannya. Coklat yang tinggi kandungan kokonya, bukan perosak gigi yang banyak susu dan gula itu. 

Kajian menunjukkan bahawa coklat gelap mampu untuk menurunkan risiko diserang penyakit jantung, untuk disebut antara manfaatnya kepada kesihatan kita. 

Ini sebab-sebabnya:

1. Ia sangat berkhasiat

Coklat gelap tinggi kandungan mineral dan seratnya. Setiap 100 gram coklat buku dengan kandungan koko 70 hingga 85% mengandungi serat, zat besi, magnesium, tembaga, manganese, fosforus, potasium, zink dan selenium.

100 gram coklat itu pun dah banyak sebenarnya dan bukan untuk dimakan hari-hari. Sebab semua khasiat ini juga datang bersama 600 kalori dan sejumlah gula. Sebab itu bagus pun perlu diambil dalam kadar sederhana.

Ia juga mengandungi bahan perangsang yakni kafein dan theobromin, tapi sikit sangat tak sekuat kopi.



2. Sumber hebat antioksidan

Coklat gelap sarat dengan kompoun organik yang aktif dan bertindak sebagai antioksidan. Ia termasuk polyphenol, catechins dan banyak lagi.

Ada kajian menunjukkan koko dan coklat gelap ada lebih banyak aktiviti antioksidan polyphenol dan flavanol daripada mana-mana buah lain termasuk beri biru dan beri acai.


3. Melancarkan perjalanan darah

Bila darah lancar, maka kurang risiko tekanan darah tinggi. 

Flavanol dalam coklat gelap merangsang endothelium, lapisan dalam arteri supaya hasilkan nitrik oksida (NO). Fungsi NO ini adalah hantar isyarat kepada arteri supaya tenang. Bila urat tenang, lancarlah perjalanan darah. Bila lancar, kuranglah risiko darah tinggi.

Ada juga kajian yang kata ia tak berapa berkesan. Jadi makanlah coklat gelap dengan sedikit garam. Makan coklat yang ada garam laut pun sedap.



4. Membantu menangani faktor penyebab sakit jantung

Dalam badan kita ada kolestrol baik dan kolestrol jahat. Khasiat dalam coklat gelap dapat melaraskan tahap kolestrol supaya kolestrol jahat yang menipiskan arteri dalam jantung anda dapat dikurangkan penghasilannya.

Coklat gelap juga dapat mengurangkan masalah rintangan insulin, antara punca biasa banyak penyakit seperti kencing manis.


5. Mungkin dapat bantu mencantikkan kulit anda

Tadi kita dah cakap tentang flavanol yang baik untuk kelancaran darah. Darah yang lancar ke kulit akan meningkatkan ketumpatannya dan memberi hidrasi secukupnya.

Kalau nak pergi berjemur di pantai, elok mula makan coklat gelap beberapa minggu sebelum sekurang-kurangnya supaya kulit tak rentung teruk.



6. Dapat menajamkan fungsi otak

Flavanol juga punya kerja. Pengambilannya menyebabkan darah mengalir lancar termasuklah ke otak kita. Bila otak terima darah seoptimumnya, ia jadi lebih cekap memproses, deria lebih peka dan pantas.

Kafein dan thebromin yang ada dalam coklat gelap juga merangsang pancaindera untuk jangka masa seketika.


Jadi amalkanlah makan coklat gelap. Sepertimana yang saya sudah beritahu, tak boleh makan hari-hari. Selang dua hari sekali pun cukup. 


*Sumber: Healthline

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu