BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 6 November 2020

5 Fakta Menarik Mengenai Zebra


Baru-baru ini, haiwan zebra menjadi trending di media sosial, di mana persoalan mengenai adakah ia dapat menyaksikan warna jingga atau tidak. 


Daripada pembacaan kami, zebra mempunyai penglihatan yang cemerlang tetapi seperti binatang yang lain, zebra buta warna dan tidak boleh mengecam warna jingga dan warna-warna lain.


Tapi ini LIMA fakta yang anda perlu tahu mengenai haiwan yang berasal dari Afrika itu:


1. Zebra adalah spesis terancam


Kesemua tiga spesis zebra termasuk dalam senarai haiwan terancam dengan Grevy zebra yang paling terancam dengan kurang daripada 2,000 ekor masih hidup.


Mountain zebra juga semakin berkurangan, dengan hanya 35,000 ekor tinggal di bumi ini.


BACA: DILEMA PENYOKONG MANCHESTER UNITED


Zebra Grevy Foto: Equus grevyi © IUCN Photo Library © Joëlle Dufour



Manakala zebra yang lain hanya ada sekitar 150,000 hingga 250,000 ekor saja.


Tapi peminat zebra ni masih ramai, ia terbukti apabila kerap dipilih menjadi design pakaian dan juga maskot.


2. Zebra banyak skil pertahan diri


Zebra boleh menendang, gigit dan menolak pemangsa. Ia juga sangat agresif apabila ada yang cuba merampas takhta kumpulan mereka dan semasa cuba mengawan.


Apabila seekor zebra diserang, zebra akan datang membantu membentuk sebuah bulatan dalam usaha memberi amaran kepada pemangsa.


Zebra boleh berlari dengan laju sehingga 80 kilometer sejam, menyukarkan pemangsa menangkap mereka tetapi tak selaju kuda.


BACA: STRES? TENGOKLAH VIDEO BINATANG


3. Zebra pandai mendaki


Zebra sebenarnya pandai mendaki kerana tinggal di kawasan beraltitud tinggi, malah ada yang tinggal di kawasan setinggi 6,500 kaki.


Sememangnya haiwan ini suka memanjat, manakala spesis Grevy suka tinggal di tanah rata (padang berumput) di bawah ketinggian 2,000 kaki.


4. Belang zebra menghalau haiwan perosak


Macam-macam teori ada mengenai fungsi belang zebra termasuk boleh menyamar di rumput panjang untuk elak dikesan pemangsa seperti hyena (dubuk) dan singa yang buta warna.


Tapi saintis mendapati belang pada zebra itu lebih daripada sekadar design yang cool, tapi boleh melindunginya daripada serangga yang suka gigit haiwan mamalia itu. 


Jika dibandingkan dengan kuda, spesis paling hampir dengan zebra, kuda sering digigit serangga dalam kondisi yang sama berbanding zebra.  


5. Jangka hayat tak lama


Seekor zebra boleh hidup sehingga 25 tahun jika berada di habitatnya, tetapi kalau dipelihara di zoo, jangka hayat seekor zebra boleh menjangkau 40 tahun.


Mungkin untuk memastikan zebra tidak pupus dan hidup lebih lama, ia patut diletakkan dalam zoo.



Foto: By Duvignau Alain CC0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=71849236.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu