BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 19 November 2020

Banyak main handphone boleh menyebabkan masalah mental


Jenayah sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai masalah mental atau masalah ketagihan bahan seperti dadah atau alkohol.


Jarang-jarang ketagih kepada telefon bimbit boleh menjadi isu yang menyebabkan jenayah.


Tetapi pada 18 November, seorang bapa, 59 tahun dibunuh anak lelakinya, 35 tahun, semua gara-gara ditegur asyik bermain telefon bimbit.


Ya, ketagih kepada telefon bimbit juga boleh menyebabkan sakit mental.


Dan bukan lagi ketagihan dadah sahaja boleh mendorong kepada perlakuan jenayah yang lain.


Malah ada kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan dadah dan alkohol sudah menurun di kalangan remaja.


Pengkaji berpendapat penggunaan yang berlebihan dan pengabdian kompulsif terhadap telefon bimbit boleh diklasifikasi sebagai satu ketagihan, sama seperti dadah.


Satu kajian yang dijalankan terhadap 409 rakyat Malaysia mendapati penggunaan telefon bimbit dengan berlebihan boleh meningkatkan risiko menghidap masalah mental.


Kembali kepada kejadian pembunuhan itu tadi, menurut laporan Astro AWANI, kejadian berlaku di Kampung Simpang Pertang, Jelebu Negeri Sembilan 9:30 pagi pada Rabu.


Pada mulanya suara dua beranak itu didengar seperti bertengkar, sebelum mangsa kedengaran menegur anaknya yang terlalu leka bermain telefon bimbit, kata saksi.


Selepas itu, pertengkaran bertukar menjadi ganas apabila mangsa memukul anak lelakinya menggunakan kerusi plastik.


Perkara itu menyebabkan suspek menikam ayahnya pada bahagian depan dan belakang badan menggunakan pisau sehingga mati.


Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu