Keputusan atau pengumuman yang paling dinanti-nantikan orang ramai dalam pembentangan Belanjawan 2021 sudah pasti mengenai pengeluaran akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Akhirnya Menteri Kewangan mengumumkan kebenaran untuk mengeluarkan daripada Akaun 1 kepada yang hilang pekerjaan, sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.
Bukan sahaja orang awam tapi menteri-menteri pun gembira dengan pengumuman itu. Tengok saja tweet Melissa Johnson ini.
YB @Khairykj and YB @HajiAmzad reacting to #Bajet2021’s announcement about KWSP. pic.twitter.com/DjuHCKxowz
— Melissa A. Johnson (@Melissa_Jhnsn) November 6, 2020
Bantuan KWSP ini akan jadi banyak ditambah dengan bantuan-bantuan lain yang akan diterima dari Belanjawan 2021 terhadap golongan bersasar.
RM500 bukanlah untuk pelaburan (walaupun ada tawaran insurans dalam bentuk pelaburan) tetapi untuk perbelanjaan harian yang diperlukan sekarang, kalau untuk pelaburan baik simpan dalam KWSP saja.
KWSP withdrawals are worth it to survive especially for those who needed during this rough patch. What if they don’t get to withdraw till hari tua sebab mati awal? Good job Finance👏🏻👏🏻 #Belanjawan2021
— athiera (@tyrathiera) November 6, 2020
Wow pengeluaran akaun 1 kwsp for a year with amount rm500 per month! Please use your duit kwsp wisely only if you're not effected due to covid19.
— Tikah R. (@tkahradz) November 6, 2020
Bila budget 2021 dibentangkan berkenaan KWSP pic.twitter.com/6RxQa0ibIW
— 𝐼𝒿𝓁𝒶𝓁 𝒜𝒻𝒾𝓆𝓊𝑒ツ (@xCarbonKid) November 6, 2020
Orang mintak 10k KWSP tu utk cover 2-3 bulan ni lah, yg kau pergi bagi 500 stretched 12 bulan tu kenapa...
— SuaraJalanan (@Ezrin92) November 6, 2020
RM500 sebulan bersamaan dengan RM6,000 setahun. Ditambah dengan akaun 2, RM500 sebulan selama 12 bulan jadilah RM12,000 keseluruhan.
Tapi pada masa sama, tak ramai pun yang mampu untuk mengeluarkan RM500 sebulan, ataupun RM10,000 sekali gus dari KWSP.
MP Muar, Syed Saddiq antara yang ingin mendapatkan pandangan orang ramai mengenai cadangan kerajaan itu kerana menurutnya, hanya 600,000 daripada 14 juta pencarum yang dapat keluarkan caruman sebanyak itu.
Kerajaan umumkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan.
— Syed Saddiq 🇲🇾🌺 (@SyedSaddiq) November 6, 2020
Tetapi, dari 14 juta jumlah keseluruhan pencarum, hanya 600,000 ahli yang dapat keluarkan wang caruman ini.
Apa kata anda semua?#Belanjawan2021 pic.twitter.com/HJ8o38KyYP
Dalam pada itu, ada juga tak puas hati Akaun 1 boleh dikeluarkan hanya untuk yang hilang pekerjaan ataupun bersasar sahaja.
Ini kerana ramai juga merungut dipotong gaji oleh majikan akibat pandemik COVID-19 ini.
Adik sy 35% dari gaji die kene potong setiap bulan sejak COVID19. Sedih sgt.. kereta, sewa rumah, pengasuh, bil² dll nak kene bayar. kenapalah KWSP tak buat utk semua???
— 😊 ᵇᵉʳᶜᵃᵏᵃᵖ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᵈⁱʳⁱ ˢᵉⁿᵈⁱʳⁱ (@gonggokdonat) November 6, 2020
Apa bende siak KWSP keluar RM500 sebulan selama setahun. Pastu untuk yang hilang kerja je. Habis yang kerja OT takde, elaun kene cut just makan gaji basic je apa cerita ? Orang nak keluarkan KWSP tu nak settlekan hutang semua tu.
— Shah Hairi (@Shahhairi15) November 6, 2020
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi pandangannya di Twitter.
Orang nak mulakan bisnes RM500 dari KWSP bulanan tak logik...6mth moratorium dan RM10k KWSP the best for rakyat now...#Belanjawan2021
— ADVANCE ANALYST (@ADVANCEANALYST) November 6, 2020
Ada pandangan anda mengenai pengeluaran KWSP ini? Adakah cadangan yang bijak atau sebaliknya? Ada ke duit dalam KWSP tu?