BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 3 November 2020

Ini rakaman bunyi yang real dari planet 'alien' Zuhrah

 



Kalau sebelum ini kami cerita pasal ada alien di planet Venus ataupun Zuhrah, kini kami nak bagi dengar bunyi sebenar di planet alien itu.


Itu yang diposkan oleh Youtube V101 Science yang berkongsi bunyi yang dirakam oleh probe Rusia, Venera 14 yang mendarat di Venus pada 1982.


Bunyi yang mengerikan dari mesin probe dan juga angin serta guruh di planet asing itu dapat didengar dengan jelas ketika Venera bergerak di atas permukaan planet itu.


Rakaman audio tersebut pertama kali dikongsi oleh Youtube Soviet Space Program pada 6 November 2015, tapi V101 Sciene mengedit video itu dengan visual yang lebih sofistikated dan menarik. 


BACA: ADA ALIEN DI PLANET ZUHRAH



Venera turut menghantar pulang beberapa foto di permukaan planet Zuhrah yang kelihatan sangat menakutkan itu. 


Sebelum ini, saintis melaporkan mungkin terdapat hidupan di Zuhrah berdasarkan penemuan fosfina di atmosfera planet itu.


BACA: KENAPA SATU HARI DI ZUHRAH SAMA DENGAN 117 HARI DI BUMI?


Fosfina merupakan sebuah gas yang terbentuk daripada kehidupan mikrob di bumi.


Bagaimanapun fosfina yang terdapat di planet itu tidak bermakna ada alien sedang melepak di atas awan Zuhrah, namun setakat ini tiada penjelasan selain wujud alien di planet itu.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu