BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 5 November 2020

Mesej WhatsApp anda boleh lenyap dalam 7 hari


WhatsApp memperkenalkan fungsi baharu baru aplikasi permesejan itu yang dipanggil, disappearing message.


Fungsi itu akan menyebabkan mesej dalam group atau perbualan dengan individu akan hilang, dipadam atau lenyap secara automatik dalam tempoh tujuh hari.


Apa yang anda perlu lakukan ialah pilih untuk on atau off fungsi tersebut dan jika perbualan dengan individu itu tidak aktif dalam tempoh tujuh hari, ia akan lenyap secara automatik.


BACA: MACAM MANA NAK KENAL PASTI MESEJ PALSU DI WHATSAPP

BACA: MAIN GAME KONSOL XBOX DI PEJABAT


Dalam group mesej atau kumpulan pula, hanya Admin group tersebut boleh aktifkan fungsi disappearing message itu.


Tapi, mesej yang lenyap itu boleh muncul semula pada mesej yang dibalas, mesej yang dipreview, forwarded dan mesej yang ada dalam back up anda.


Fungsi ini bagus untuk yang malas melakukan house keeping atau memadam mesej yang lama untuk menjimatkan storage telefon pintar anda.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu