BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 24 Disember 2020

Maafkan orang boleh bantu anda tidur lena


Adakah anda antara mereka yang tidak mampu kawal fikiran pada waktu lewat malam sampai tidur anda terganggu? Anda bukan seorang diri.


Kajian oleh Nielsen Malaysia mendedahkan sembilan daripada sepuluh rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk tidur, manakala purata populasi negara kita hanya dapat tidur enam jam setiap malam.


Jika anda tergolong dalam kategori itu, cuba amalkan memaafkan diri sendiri serta orang lain sebelum tidur setiap malam.


Menurut satu kajian yang dilakukan ke atas 1,423 dewasa di Amerika Syarikat (AS), perkara itu terbukti mampu membantu anda tidur.


Dalam kajian itu, kesemua peserta diberikan senarai soalan tentang diri mereka, termasuk soalan sama ada mereka sering memaafkan diri dan orang lain, selain soalan-soalan tentang kualiti tidur dalam tempoh 30 hari.


Hasil kajian mendapati mereka yang lebih sering memaafkan orang lebih cenderung untuk mendapat tidur yang berkualiti, sekali gus mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.


Juga, mereka yang lebih cenderung untuk memaafkan orang lain selepas mereka berbuat salah, kualiti dan kuantiti tidur mereka terbukti lebih tinggi berbanding mereka yang hanya memaafkan diri sendiri.


Perkara itu adalah kerana mereka yang sering bermaaf-maafan mudah untuk melupakan kisah lampau, yang menyebabkan kecelaruan minda (khususnya pada waktu malam), sekali gus lebih senang untuk tidur.


Lagi pun, mana agama pun mengajar kita untuk bermaaf-maafan yang dianggap satu amalan yang mulia.


Jadi selepas ini, cubakan amalkannya, namun pastikan ia dilakukan dengan ikhlas.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu