BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 5 Jun 2020

Misi Mia 1: Cabaran 'Internship' Pasca COVID-19



Tidak kira bangsa, agama, dan warna kulit, COVID-19 memberi pelbagai reaksi dan kesan terhadap manusia di serata dunia. 

Lumrah manusia untuk merasa bimbang, risau, namun ada juga yang lebih bermotivasi untuk memulakan semula kehidupan baharu pasca COVID-19.

MISI MIA merupakan program terbaharu Rancak TV, hasil terbitan Saraya Mia yang akan menekankan isu yang dialami rakyat, terutamanya generasi muda, disertakan dengan pendidikan dan perkongsian daripada pakar untuk menangani perkara itu. 

Episod pertama merangkumkan intipati beberapa sektor dalam menerima pelatih praktikal pasca COVID-19. 

Antaranya industri pengekodan, industri pelancongan, serta Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan dengan nasihat beliau kepada golongan belia.



Jangan lupa, Rancak TV adalah saluran berita santai, jadi jangan segan untuk berinteraksi dan kongsikan pandangan anda kepada kami di ruang komen Facebook Rancak TV.




Nak tahu cerita penuh? Temu bual bersama Pengurus Besar Holiday Inn Express ini bukan sahaja memberi idea bagaimana kehidupan “normal baharu” bagi pelajar praktikal selepas COVID-19, namun juga menerangkan perbezaan antara pusat kuarantin dengan stesen kuarantin.



Indutri pengkodan adalah antara industri yang akan berkembang, siapa berminat untuk menceburi bidang ini? Tak perlu ke Miri, Sarawak bagi menghadiri kelas pengkodan, kini semuanya mampu dilakukan dalam talian.



Temu bual penuh bersama Datuk Shamsuddin ini dapat memberikan semangat dan hala tuju yang lebih strategik kepada generasi pelapis masyarakat untuk memulakan kehidupan di dunia pekerjaan yang lebih mencabar.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu