BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 21 November 2019

Dahsyat permintaan Krismas budak 10 tahun zaman sekarang!


Zaman sudah berubah, kanak-kanak makin termaklum dan cerdik dibantu teknologi pesat di dunia tanpa sempadan hari ini.

Krismas semakin dekat dan akal kanak-kanak yang menyambut perayaan itu sudah mula merangka hadiah apa yang diinginkan daripada 'Santa Claus' (padahal mak bapak yang beli).

Memang tak semua benda yang diinginkan itu dapat direalisasikan, tapi apa salahnya mencuba nasib. Tulis sahaja apa yang dimahukan, ada rezeki dapatlah.

Tapi seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ini cukup berani, dia senaraikan 26 item yang diinginkan yang banyak daripadanya bukan biasa-biasa!

Senarai ini dikongsikan bapanya menerusi Twitter, dengan ayat "Anak perempuan saya yang berusia 10 tahun dah gila agaknya dengan senarai Krismas ni". Anda tengoklah sendiri:



Ada antaranya cukup berguna dan sesuai dengan usianya, macam anak patung LOL dan kelengkapannya, jam penggera dan arnab bersama baju arnabnya. Nampaklah sifat budaknya.

Tengok item-item yang di senarai atas, barang-barang orang dewasa! iPhone 11, Airpods, Macbook Air, GoPro, 'asenchal' (essential) oil, barang kemas, barang solek.

Tak cukup itu, dia minta juga kasut sarung Gucci, dompet Chanel, minyak wangi, dan paling power - $4,000. Amboi.

Begitupun terima kasih dik, sebab bagi idea kepada abang kakak nak minta apa daripada Santa. Abang nak minta Airpods, itu saja.

Kalian pula nak minta apa?


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu