BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 21 November 2019

Apa beza Millennial dan Generasi Y?



Wujud atau tidak perbezaan antara Millennial dan Generasi Y (Gen Y)? 

Jika wujud, apa sebenarnya perbezaan anatara kedua-dua label generasi ini? 

90% hasil terbitan menyatukan kedua-dua label ini ke dalam satu kategori, namun mengapa wujudnya nama yang berbeza? 

Ramai diantara mereka yang dilahirkan pada tahun 80-an enggan mengaku mereka itu Millennial dan ingin dikenali sebagai Gen Y walaupun menurut Wikipedia, Millennial dan Gen Y adalah mereka yang dilahirkan sekitar tahun 1981 hingga 1996. 

Jadi mari kita lihat apa sebenarnya perbezaan di antara Millennial dan Gen Y.

Rujuk Pakar!

Secara kenyataannya, punca kekeliruan antara generasi sering berlaku kerana tiada pakar yang menentukan siapa dibawah generasi mana. 

Tiada badan kerajaan termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia atau mana-mana pihak yang membuat kajian berkaitan generasi dan memantau perkara ini. 

Ini juga menyebabkan ketidaktentuan hasil kajian yang tertera terutamanya secara online. 

Tiada sesiapa pula yang menentukan bahawa seseorang itu ialah "pakar" dan jika seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara dan mempunyai pengalaman yang cukup meyakinkan, mereka secara automatik menjadi "pakar". 

Sumber mana?

Jika kita membuat kajian tersendiri, lebih daripada satu sumber yang meyakinkan diperlukan dalam menentukan sesuatu perkara. 

Dalam konteks ini, sumber mana yang boleh dipercayai dalam menjawab persoalan perbezaan di antara Millennial dan Gen Y? 

Menurut kajian Jeff Butler, terdapat beberapa pakar yang membahagikan kedua-dua generasi itu ke dalam kategori yang berbeza. 
 
millennial v gen y
Source: jeffjbutler.com


William Strauss and Neil Howe merujuk generasi Millennial sebagai mereka yang dilahirkan pada tahu 1982 hingga 2004, manakala Pew Research mengkategorikan Millennial dilahirkan pada tahun 1981 hingga 1996. 

Ad Age pula meletakkan Gen Y sebagai mereka yang dilahirkan pada 1981 hingga 1994, dan GenHQ, 1977 hingga 1995. 

Kajian Universiti Kent State pula memecahkan Millennial dan Gen Y, dimana Gen Y tertelak di antara mereka yang dilahirkan pada tahun 1980 hingga 1985 dan Millennial pada tahun 1986 hingga 1995. 

Mengapa mereka dibahagikan secara berbeza dalam setiap sumber berbeza adalah sebab setiap pakar penyelidik mempunyai objektif tertentu. 

Sebagai contoh, sesebuah syarikat itu ingin mengkaji personaliti tenaga buruh bagi menentukan pengurusan struktur syarikat itu. 

Sama atau tidak? 

Logiknya, memang terdapat perbezaan antara dua individu yang mempunyai jarak umur sepuluh tahun, lagi-lagi pada era perubahan dan globalisasi ini. 

Tetapi jika anda tanya saya, Millennial dan Gen Y jatuh dibawah kategori yang sama namun boleh terjadinya percanggahan pendapat bagi mereka yang lahir di hujung dan permulaan generasi itu dalam konteks yang berbeza. 

Menyedari hakikat, mereka kongsi satu persamaan iaitu paling terdedah dan mudah terima perubahan. 

Jadi tepuk dada tanya selera, adakah anda setuju atau tidak? Itu anda yang tentukan. 

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu