BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 9 Januari 2020

Ape maksud 'ajenye yer'? Acekeme bace ni


Perak antara negeri yang loghatnya menarik. Bunyi perkataannya ada yang pelik dan kelakar, apatah lagi mendengar orang Perak berbual dengan loghat mereka. Meriah!

Dalam kalangan keluarga kecil Astro Awani juga ada orang Perak, antaranya tukang cerita kami, Asyraf Hasnan dan Hafizi Rosli. Jarang dengar mereka bercakap loghat Perak (ye lah sebab kerja di KL dan tak ramai orang Perak). Tapi bila kaum dah bertemu, pecah perut dibuatnya!

Mereka juga berkesempatan jadi tenaga pengajar Kelas Loghat, ini ada beberapa perkataan unik dalam dialek Perak yang dikongsikan:

Acekeme... - macam mana kalau...
Labun - sembang kosong
Raban teben - tak tentu arah
Chor - bro, panggilan terhadap kawan
Tak siyor - tak kuasa/tak ingin
Nohen - tak endah
Bertolo-tolo - saling menolak/berdalih

Banyak lagi yang dikongsikan mereka. Nak tahu selebihnya, dan macam mana nak guna perkataan-perkataan ini? Acekeme tengok video ni chor.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu