BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 8 Januari 2020

Kebaikan Yoga Untuk Lelaki dan Wanita


Ramai dalam kalangan lelaki mengatakan mereka tidak berminat untuk mencuba senaman yoga kerana mereka tidak cukup fleksibel.

Menurut seorang guru Bikram Yoga, Adrian Hummel ini alasan ini sama dengan mereka yang enggan mengangkat berat kerana benda tersebut tidak cukup berat.

Mengaktifkan sistem saraf parasympatetik dan kurangkan tahap kortisol

Kortisol adalah hormon yang menyebabkan badan menyimpan lemak di bahagian perut. Ini biasa dilihat pada golongan lelaki berumur 30 tahun ke atas.

Bantu meturunkan berat badan
Lelaki berbadan besar yang mengamalkan senaman yoga dapat menurunkan berat badan sebanyak 1.8 kg dalam masa 10 hari, menurut kajian Journal of Alternative Medicine.

Kurangkan kadar kecederaan ketika melakukan senaman angkat berat
Ini kerana otot yang diregangkan melalui yoga lebih cepat untuk sembuh, membenarkan anda merehatkan badan tanpa membiarkan badan tidak aktif sama sekali. 




Tingkatkan libido dan menambah baik skill di bilik tidur 
Teknik pernafasan serta konsentrasi yang diajar dalam latihan yoga membolehkan seseorang lelaki itu menambahkan daya tahanan sekali gus meningkatkan tahap sensitiviti dengan meningkatkan peraliran darah di bahagian genetalia. 

Legakan sakit belakang kronik 
Kepada mereka yang bekerja di ofis dan menghadap komputer sepanjang hari pasti anda mempunyai masalah sakit belakang. Yoga dapat membaiki peralihan sususan tulang akibat daripada duduk berpanjangan.

Menyebabkan keseimbangan badan dan minda 
Selain memastikan otot-otot pada badan dalam keadaan seimbang, yoga juga melatih minda untuk fokus pada dalaman dan bukan saja luaran. Ini membantu dalam menjaga kesihatan mental selain kesihatan fizikal.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu