BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 31 Mac 2020

Covid-19 atau coronavirus ni tak tersebar melalui udara


Kenapa pakar kata Covid-19 tak tersebar menerusi udara, padahal bila orang batuk dan bersin ada risiko berjangkit?

Ini yang ditulis di laman web WHO (kalau tak tahu apa WHO, memang hang ketinggalan zaman jauh sangat).

Transmisi udara adalah berbeza dengan transmisi titisan kerana ia merujuk kepada kehadiran mikroba dalam nukleus titisan, yang umumnya dianggap sebagai zarah, diameter kurang 5μm, boleh kekal di udara untuk jangka masa yang lama dan dihantar ke orang lain melalui jarak lebih jauh daripada satu meter.

Susah sikit nak faham, tapi asasnya, virus Covid-19 tak hidup atau terbang di udara tapi dia jatuh dan hidup di permukaan lain, seperti plastik, besi, kertas dan lain-lain.

Ada juga ramai terbaca 'TITLE': WHO beri amaran transmisi udara, dia tak faham sangat atau baca title saja, sebab wartawan pun kadang-kadang tak faham bahasa doktor.

Ini maksudnya amaran WHO tu (macam la aku faham sangat)

Transmisi udara ‘MUNGKIN’ boleh berlaku dalam keadaan tertentu dan tetapan di mana prosedur atau rawatan sokongan yang menghasilkan aerosol dilakukan.

Ni dalam hospital atau pusat rawatan saja seperti di mana proses perubatan itu aerosol dalam peralatan perubatan, iaitu masuk tiub dalam mulut etc.

Ada dua jurnal yang melaporkan ia boleh tersebar melalui udara tetapi bagi WHO ia masih di peringkat awal dan belum mendapat pengesahan dan juga ujian lengkap belum diadakan lagi.

Kalau tak silap tadi baca ia dilakukan di environment hospital, kat dalam hospital dan keadaan dekat luar tak faham.

Jadi macamana virus COVID-19 tersebar?

Ia bukan tersebar melalui udara tetapi transmisi melalui titisan itu boleh berlaku apabila seseorang berada dengan rapat (dalam jarak satu meter) dengan seseorang yang mempunyai gejala pernafasan (contoh: Batuk atau bersin).

Bila orang yang ada virus covid-19 bersin atau batuk, risiko jangkitan adalah apabila titisan itu terkena mata kita. 

Yang pakai face mask dan gloves tu boleh start consider pakai perlindungan mata pula.

Risiko jangkitan juga apabila kita berada dekat dengan orang itu atau berada di tempat yang baru saja dilalui orang yang positif coronavirus.

Jadi sebab tu kerajaan suruh kita buat penjarakan sosial, satu meter jauh daripada orang lain.

Baca artikel penjelasan mengenai Covid-19 oleh WHO itu di sini.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu