BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 1 April 2020

Rumah besar gila pun pening la kalau kena duduk rumah je



Selepas tengok temubual live video conferencing, Jimmy Fallon dengan Kim Kardashian di Youtube, baru kita tahu mereka pun habis idea macamana nak isi masa lapang kena duduk di rumah akibat krisis Covid-19 ni.

Lebih parah kalau nak fikir apa yang boleh buat untuk isi masa lapang anak-anak di rumah.

Selebriti terkenal kaya raya macam Kim dan Jimmy pun pening kepala.

Bagi Kim, ramai yang komen kata dia ada semua benda di rumah dan tidak perlu pening selepas dia tanya kepada orang ramai apa yang boleh dibuat di rumah kepada peminatnya di Instagram.

Pandangan netizen itu ternyata tidak dipersetujui oleh Kim dan Jimmy.

Mereka dah buat macam-macam, sama macam apa yang kita buat termasuk yoga, buat slime dan fort ataupun benteng pertahanan kononnya kawasan perang dalam rumah, tapi masih tak dapat mengisi lapang dalam usaha melakukan penjarakan sosial ataupun social distancing di sana.

Itu rumah besar, lengkap dengan swimming pool dan sebagainya (ada ka swimming pool ke dekat rumah Kim Kardashian?) pembantu rumah dan sebagainya, bayangkan yang terperap di rumah yang lebih kecil.

Rasanya bilik tidur Kim dan Jimmy lagi besar daripada rumah kita.

Jadi tak hairanlah ada yang dah mati kutu selepas 14 hari berkurung.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu