BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 4 April 2020

Apa yang susah sangat nak bina 'skatepark'? Pa'din Musa kongsi cerita.


Satu perkara yang membuatkan aku tertarik dengan dunia papan selaju atau 'skateboard' ini adalah falsafah di sebalik sukan ekstrem itu - buat sampai jadi.

'Skateboarding' sejak dulu sehinggalah hari ini sebenarnya masih dipandang oleh sebahagian besar masyarakat sebagai kerja budak-budak tak ada masa depan. Tapi Pa'din Musa telah memberi definisi baharu sub-budaya itu kepada Malaysia.

Selain jagoan di atas papan selaju, Pa'din atau nama sebenarnya Ahmad Fadzil Musa juga mengusahakan bengkel membuat motosikal 'custom' selain mempunyai pasukan membina 'skatepark'. Memang apa yang diminatinya, beliau akan buat sampai berhasil.

Jejaka hitam manis kelahiran Pulau Pinang yang amat meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa ini sebenarnya mempunyai impian untuk membina 'skatepark' di setiap daerah di setiap negeri. Kalau boleh setiap taman mesti ada satu 'skatepark'. Tapi kata Pa'din, semuanya bergantung kepada panggilan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semestinya wang.

Photo dulu-dulu masa ride dengan team Hellbent Skateboarding.
Bukan senang nak bina 'skatepark' ini, bukan macam buat rumah. Jelas Pa'din, belum tentu arkitek dan kontraktor yang berpengalaman membina bangunan tinggi-tinggi mampu membina sebuah 'skatepark' yang baik. Membina 'skatepark' ini kata Pa'din umpama mengukir sebuah arca, yang hanya ahlinya sahaja - skateboarders dan orang-orang sukan ekstrem - tahu caranya. Bukan kerja semua orang.

Banyak juga disembangkan bersama dalam sesi Instalive pada Jumaat malam, antaranya tentang inisiatif #dudukrumahskate dalam mengajak para 'skaters' terus 'skate', daripada makan tidur dan makan tidur lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek wabak COVID-19 ini.

#dudukrumahskate mengajak para pemain papan selaju di seluruh pelusuk negara untuk merakam video kreatif mereka 'skate' di rumah dan Pa'din menilai beberapa pemenang untuk dihadiahkan sepasang kasut daripada koleksi peribadinya yang membukit hasil tajaan Vans. Boleh tahan banyak juga video menarik yang diterima Pa'din.

'Skateboarding scene' di Malaysia boleh dikatakan sudah meluas dan semakin popular, tetapi hakikatnya kita masih di belakang jika mahu dibandingkan dengan banyak negara termasuk negara jiran, khususnya dari segi kemahiran bermain.

Apa lagi yang perlu 'skaters' tempatan lakukan? Dengar pesan Pa'din ini:

                        
              

- Israr Khalid

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu