BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 5 April 2020

26 tahun pemergian Kurt Cobain: Nirvana bukan 'sell-out' band



KURT COBAIN meninggal dunia pada 5 April 1994, akibat bunuh diri selepas dibelenggu pelbagai masalah peribadi dan ketagihan dadah yang melampau. 

Sayang sekali kerana pada ketika itu, populariti band Cobain, Nirvana sedang meningkat naik selepas album band itu meletup di pasaran.

DIsebalik penghijrahan Nirvana dari indie ke pasaran muzik mainstream, tidak ada satu pun pengkritik muzik dari majalah-majalah punk rock indie seperti Maximum Rock N Roll dan Flipside melabelkan Nirvana sebagai ‘sold-out’.

Kenapa?

Dalam buku Serving The Servant: Remembering Kurt Cobain: Remembering Kurt Cobain oleh Danny Goldberg, Kurt tidak mengubah identitinya atau pendiriannya walaupun Nirvana menandatangani kontrak dengan major label.

(Tindakan band indie/underground ke major label selalu dianggap sell-out kerana mereka akan mengorbankan seni dan muzik mereka untuk menerbit lagu untuk memuaskan hati pendengar mainstream dan ke arah komersial kerana wang dan mengejar populariti)

Ramai penulis yang mengikuti perkembangan muzik punk rock dapat merasai bahawa tiada yang berubah dalam penulisan dan penciptaan muzik Cobain.

Nirvana di major label sekadar lebarkan versi rock n roll peribadinya dan melihat ia seakan zaman kegemilangan budaya punk rock 80-an yang dipertahankan penulis-penulis sejak sekian lama.

Itu kenyataan yang dibuat Jennie Boddy, publicist yang bekhidmat untuk label indie, Sub Pop, yang mengeluarkan album pertama Nirvana, Bleach.

Cobain adalah seorang yang baik, rendah diri dan sentiasa hypersensitif.

Maximum Rock N Roll dianggap sebagai salah satu bible punk yang mula diterbit pada 1982 untuk memberi ruang kepada band-band punk pada ketika itu yang tidak mendapat liputan majalah utama seperti Rolling Stones. 

Dalam video klip ‘Sliver’ Nirvana, terdapat Maximum Rock N Roll ditampal pada sebuah majalah lain untuk memberi penghormatan kepada indie subculture.

Jadi, grunge atau punk? Tak kisah lah, janji mereka rock n roll. Apa lagu favorite Nirvana korang?


           

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu