BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 21 Jun 2020

"Black Lives Matter", cetus kekecohan Dayang Senandung pula

Foto: Instagram @zeelproduction
Dunia masih belum reda dengan kekecohan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang dibunuh beberapa anggota polis Amerika Syarikat berkulit putih, sekali gus menimbulkan gempa di dunia digital, kebanyakannya meluah perasaan marah dan sedih yang disatukan melalui tanda pagar #BlackLivesMatter.

Sekarang, gempa seakan itu tertumpu di Malaysia pula kerana kecoh drama Dayang Senandung oleh Zeel Production yang menampilkan watak utama, Wanie Kayrie sebagai Puteri Dayang Senandung yang bertubuh hitam kerana terkena sumpahan sihir.

Walaupun filem Dayang Senandung merupakan kisah legenda yang pada asalnya diterbitkan pasa tahun 1965, rata-rata netizen mengkritik produksi semula filem ini pada tahun 2020.


Kenapa filem Dayang Senandung kontroversi?

Filem ini dipercayai telah timbul kontroversi sejak terbitan pertamanya pada tahun 1965, dan kini dilabelkan netizen sebagai bersifat colorism atau mendiskriminasikan warna kulit.

Walaupun negara Malaysia aman dan isu perkauman sikit sahaja, tetapi tidak dapat dinafikan wujudnya sifat colorism di antara kita, yang sebahagiannya dipercayai disebabkan pengaruh media, termasuk filem-filem dan hikayat-hikayat seperti Dayang Senandung.


Apa kata netizen?

Ramai netizen meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati kerana pada tahun 2020, kisah yang memberi imej buruk kepada gadis berkulit gelap ini masih menjadi tarikan bagi syarikat produksi.

Model, Alicia Amin atau dikenali sebagai @hangriii di Instagram adalah antara mereka yang tidak sokong penggambaran dan penerbitan drama Dayang Senandung oleh kerana dia menganggap ia sebagai menentang protes Black Lives Matter.

Foto: Instagram @hangriii

Seorang warga Twitter, Misha atau @mishkatov pula berkata tidak semua hikayat dan lagenda harus menggunakan naratif asal dan patut diubah mengikut kesesuaian dan keadaan zaman.


Foto: Twitter @mishkatov

Apa kata pengarah filem?

Pengarah Zeel Production, Fadzil Teh atau dikenali sebagai Haji Zeel mempertahankan muka hitam atau blackface dalam drama Dayang Senandung yang dianggap kontroversi, sebaliknya berkata drama itu memuliakan kulit hitam.

"Sebagai produser, kami hanya ingin membuat drama berasaskan jalan cerita hikayat sebenar. Setakat ini kami tidak merancang untuk melakukan penggambaran semula kerana plot drama ini sudah diluluskan awal tahun ini," kata Haji kepada Malaymail.

Macam mana boleh kecoh tiba-tiba?

Pelakon, Wanie Kayrie memuat naik video di story Instagram dan TikTok bermuka hitam setelah dicat bagi penggambaran wataknya sebagai Puteri Dayang Senandung.

Sudah tentu apabila selebriti memuat naik di laman media sosial mereka, netizen tidak teragak-agak untuk berkongsikan pendapat dan menularkan apa sahaja yang artis lakukan itu. 

Walau bagaimanapun, ada juga para netizen yang sokong drama Dayang Senandung kerana aspek kebudayaan dan warisan tempatan yang wujud sejak berabad lalu dan ia merupakan pengajaran untuk tidak membenci orang berdasarkan warna kulit.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu