BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 22 Jun 2020

Penceritaan yang menarik boleh pergi jauh




Tak kisah kita berasal dari mana, tetapi kalau kita mempunyai cerita yang baik, best untuk didengar, ia boleh merentas sempadan dan dunia.

Tak perlu teknologi terlalu canggih atau DOP yang kata mereka sangat handal dan berpengalaman luas, tapi sekadar satu animasi boleh menceritakan semua benda dengan naratif yang senang untuk difahami.

Ini kisah tukang cerita, pembikin filem dan pereka grafik, Soon King Yaw yang membuat sebuah filem pendek animasi yang ditayangkan di KQED Homemade Film Festival.

Ia merupakan sebuah online film festival yang berlangsung dari 11 hingga 15 May lepas.

Ia adalah kisah benar seorang ahli farmasi Asia-Amerika, Michelle yang melalui sebuah insiden perkauman semasa pandemic COVID-19 sedang bermula pada Februari 2020.

Dalam filem itu, King Yaw menceritakan bagaimana Michelle dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan mereka kerana berbangsa Cina, maklumlah negara China dipersalahkan kerana virus itu.

Nak tahu cerita kena tengok sendirilah cerita All I Did Was Smile And Say Hello.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu