BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 9 Jun 2020

Di mana boleh tonton pelancaran Playstation 5 pada 11 Jun


Berita gembira buat gamers kerana Sony dilaporkan sudah menetapkan tarikh 11 Jun (waktu Amerika Syarikat) untuk melancarkan PlayStation 5 dalam satu acara digital.

Acara pelancaran ini sepatutnya diadakan pada 4 Jun namun Sony menangguhkannya bagi menghormati perjuangan keadilan kaum di Amerika Syarikat yang melibatkan protes dan rusuhan di jalanan.

Acara tersebut dimanakan The Future of Gaming yang akan menunjukkan game atau permainan yang disediakan untuk Playstation 5.

Rupa bentuk konsolnya semua sudah tahu manakala pembangun permainan video dikatakan perlu memastikan game dari Playstation 4 dapat dimainkan pada konsol terbaharu Sony itu.

Bagaimanapun game bagi PS5 tidak boleh dimainkan pada PS4 untuk memastikan ia eksklusif untuk konsol terbaharu. (dan orang beli PS5 lah)

Ia akan mula dijual pada hujung tahun ini semasa cuti musim sejuk.

Anda boleh tonton pelancaran itu pada Jumaat, 12 Jun 4 pagi waktu Malaysia di dua laman ini:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu