BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 9 Jun 2020

Punk tak pernah rasis

Pure Hell foto: openculture.com

Punk, hard core ni golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia, haiwan dan macam-macam lagi.

Mereka tak pernah rasis, homofobia atau mendiskriminasi seperti punk bodoh yang diputar belit media dan yang ditonton dekat televisyen. (tolak Nazi punks dan racist skin, Nazi la tu)

Kalau anda hanya tahu mengenai band punk orang putih dan orang kulit hitam ni hanya rapping atau minta hip hop, kami senaraikan beberapa band yang memang dianggotai oleh golongan itu.

Banyak band hard core/punk dari Amerika Syarikat ditubuhkan oleh mereka yang berkulit hitam tetapi ia tidak pernah dilabelkan sedemikian kerana warna kulit bukan jadi perbezaan kerana semua kita adalah manusia.

Bad Brains

Berasal dari Washington DC dan ditubuhkan pada 1977, Bad Brains adalah perintis hardcore punk dengan elemen-elemen ragge, funk, heavy metal, soul dan hip hop.

Walaupun bertukar band mates sejak 1990, Bad Brains masih wujud sehingga sekarang.

Pure Hell
Lain macam ni, Pure Hell dari Philadelphia, rock and roll, Jimi Hendrix riff, jaket kulit, memang cun.

Ditubuhkan pada 1974, pernah perform dengan Sid Vicious (The Sex Pistols) dan Nancy. 

Disebabkan pembunuhan Nancy yang melibatkan Sid, mereka jadi perhatian sebab ketika itu baru selesai tour dengan mereka.

Walaupun tak pasti hala tuju mereka masa itu, still this is black punk rockers.




Whole Wheat Bread

Diinpirasikan oleh Bad Brains, Whole Wheat Bread ditubuhkan di Florida pada 2003 dengan album pertama, Minority Rules dikeluarkan pada 2005.


   

Dead Kennedys

Siapa tak tahu Dead Kennedys dia memang tak punk lah. Cuba Google mengenai Jello Biafra. Bila dah Google baru tahu, betapa kuatnya pengaruh Jello. 

Dalam band itu, drummer dia, Darren Henley ataupun dikenali sebagai DH Peligro adalah lelaki kulit hitam dan pernah beraksi untuk Red Hot Chilli Peppers. 

DK yang ditubuhkan pada 1978 sudah dibubarkan pada 1986 tapi digabung semula dengan ahli kumpulan baharu tanpa Jello.


   

Pleasure Venom

Perempuan pun ada. Ini contoh dari Austin, Texas, Amerika Syarikat, Pleasure Venom, sangat political dan dianggotai oleh wanita berkulit hitam.
 
Ada lagi dua ni, boleh la Google JFA dan Suicidal Tendencies. Mereka tak main la lirik atau melodi macam Bunkface sebab mereka ni berfikir dan bijak. 

Walaupun orang putih dianggap mendominasi punk tetapi sebenarnya banyak lagi scene seperti Afropunk yang menyaksikan kolektif golongan itu semakin menonjol di Amerika dan UK.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu