BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 26 Jun 2020

MISI MIA 4: Yeay! 1 Julai Dah Boleh Berenang!



Soalan berkenaan aktiviti renang terjawab!

Nafas lega bagi perenang di semua peringkat, akhirnya latihan sukan renang dah boleh dimulakan. 

MISI MIA kali ini membawakan penjelasan beberapa pihak bagi tidak dijangkiti COVID-19 ketika melakukan aktiviti renang.




Klorin boleh bunuh virus? 

Menurut Presiden Persatuan Pakar Kesihatan Awam (PPKAM) Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, merawat kolam renang dengan klorin boleh membunuh kehidupan mikrobial termasuk virus. 

Oleh itu, risiko jangkitan COVID-19 di dalam kolam boleh dielakkan jika SOP seperti penjarakan sosial dipatuhi.





Sekarang latihan renang memang berbeza!

Latihan sukan renang memang berbeza selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata penolong jurulatih D Swim Academy, Petra Tajul. 

Cabaran utama Petra masa PKP ialah menjawab soalan anak kecil mengapa mereka tidak dapat menjalani latihan dalam kolam selama tiga bulan.





Apa hala tuju sukan renang?

Tiada pertandingan renang sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia ASUM, Mae Chen. 

Jadi relaxlah perenang negara? Jangan senang-senang, ambil masa ini untuk meningkatkan daya tahan, kata Mae Chen.




"Lega, takut tapi lebih lega" - Ibu perenang

Sharifah Faraliza, ibu kepada Noah, perenang D Swim Academy meluahkan perasaan lega kerana setelah berbulan anaknya boleh kembali berlatih. 

Katanya, walaupun virus masih di dalam masyarakat, kita tidak boleh hentikan kehidupan selama-lamanya malah harus membiasakan amalan normal baharu.





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu