BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 3 Julai 2020

Logo baharu pasukan bola sepak Iceland sempoi habis!


Ingat lagi tak kisah epik Iceland menggegarkan persada bola sepak dunia tidak lama dahulu?

Persembahan mengejutkan di pentas Euro 2016 dan Piala Dunia 2018, dengan sorakan 'Viking clap' langsung tidak menggambarkan bahawa ia datang dari sebuah negara kecil sekaligus menjadi cerita yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh peminat bola sepak.

Kalau itu pun tak dapat nak menambat hati kalian untuk mengagumi pasukan ini, sabar kejap.

Kelmarin, Iceland memperkenalkan logo baharu pasukan bola sepak kebangsaannya dalam sebuah video yang merindingkan bulu roma setiap yang menontonnya.

Apa yang lebih istimewa, video ini diarah dan dihasilkan oleh penjaga golnya, Hannes ÃžÃ³r Halldórsson, yang juga seorang pembikin filem. (Kebanyakan pemain skuad utama Iceland ada dua kerja, seperti bekas jurulatihnya, Heimir Hallgrímsson yang merupakan seorang doktor gigi).

Logo baharu Iceland tidak seperti logo-logo tipikal yang ada perisai, nama persatuan, dan seumpamanya yang biasa kita tengok. Ia menampilkan gabungan empat 'vættir' (makhluk mistik) - helang, gergasi, naga dan lembu jantan.



Empat makhluk mitologi itu sepertimana diceritakan dalam dongeng rakyat adalah penjaga tanah Nordic sebelum kewujudan manusia di situ. Ia terpapar pada syiling 10 Krónur Iceland.




Jadi digabungkan empat watak perkasa ini sebagai semangat di belakang perjuangan mereka di atas padang.

Bersama pelancaran logo baharu itu, Iceland juga mempersembahkan jersi baharu mereka tajaan Puma yang bakal digunakan sepanjang musim 2020/2021. Ia bakal dilancarkan secara rasmi sekitar Ogos tahun ini.

Sempoi tak sempoi.



Iceland mula membuka mata dunia terhadap keupayaan bola sepak negara yang hanya berpopulasi hanya seramai 364,134 orang itu di pentas Euro 2016. Dua kali mereka menumpaskan Belanda untuk melangkah ke pusingan kalah mati. Kempen Iceland berakhir di peringkat suku akhir di tangan Perancis.

Dua tahun kemudian, buat pertama kalinya The Vikings berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Dunia di Rusia. Bagaimanapun mereka gagal meloloskan diri daripada kumpulan maut yang disertai Nigeria, Croatia dan Argentina.

Mampukah Iceland sekali lagi mengejutkan dunia, dengan kit dan lencana baharu di dada?

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu