BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 25 Oktober 2019

Sepatu khas terbaharu buat El Rey!



Lionel Messi menambah satu lagi kepada lima Kasut Emas Eropah di dalam koleksinya apabila meledak 36 gol dalam kancah La Liga pada musim lepas.

Bagi menobatkan kali keenam El Rey (Sang Raja) naik takhta, Adidas menghasilkan but khas yang cukup decent namun gah.

Ia adalah but daripada model NEMEZIZ 19+ dengan colourway istimewa diinspirasi daripada warna putih dan biru langit bendera Argentina, disempurnakan dengan warna emas berkilau pada dua plet tapaknya serta tiga baris logo Adidas pada sisi luar tumitnya.

Sepertimana pada namanya, Adidas MESSI 15 YEARS NEMEZIZ juga bersempena menyambut ulang tahun bermulanya karier profesionalnya dalam bola sepak 15 tahun yang lalu bersama skuad senior Barcelona, ketika baru berusia 17 tahun.


Selain gandingan warna emas dengan fabrik resistance band putih/biru langit, ia turut dihias simbol yang mewakili detik-detik yang paling disayanginya di atas padang. Ada lima bintik kecil pada sebelah kaki kiri, membawa maksud lima Ballon d’Or serta logo ‘M’ di sebelah kaki kanan. Cetakan ’15 AÑOS’ pada tengah tapak antara dua plet emas.

Juga bagi ‘menghormati’ kaki kiri yang menjadi ‘senjata utama’nya, pada bahagian dalam kekura kaki ada cetakan emas grafik mahkota buat El Rey dan di bahagian tapak dalam terpapar grafik ’10’ yang menjadi nombor jersi Messi. 

Sementara di sebelah kanan ada tulisan ’82nd min - 16-10-2004’, waktu dan tarikh manusia luar biasa ini menjejakkan kaki ke atas padang profesional buat kali pertama serta grafik ’30’, nombor yang dipakainya ketika waktu itu.




Memang cun. Untuk para pengumpul, ini but yang ‘musti kena ada’. Harga? Biasalah but elit limited special edition...RM 1,100 sahaja.

Ini video review daripada Youtube Unisport:


"Kasi angkat sepasang la brader..." - Gambar Adidas


(*semua gambar kasut asal dari neveroffside.nl. Bedankt!)

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu