Musim Halloween telah tiba dan inilah masa kononnya hantu, jin, dan anak muda keluar berjimba sambil bersolek dan bertopeng, menonjolkan kreativiti masing-masing.
Namun melengkapkan sebuah kostum bukan satu perkara yang murah dan kemungkinan besar kita hanya memakainya setahun sekali, jadi apa motif membeli kostum mahal-mahal jika boleh menghasilkan rekaan kostum sendiri dengan apa yang ada di rumah?
Berikut adalah tujuh cadangan kostum Halloween dengan harga berpatutan:
1. Pontianak
Photo source: Christine Yeo Khalid
Photo source: Christine Yeo Khalid |
Pontianak merupakan hantu popular di Malaysia dan Nusantara. Klasik dan senang untuk dibuat. Apa yang harus ada? Jubah atau gaun putih, cat muka putih dan rambut palsu hitam dan panjang, tetapi jika anda sudah berambut hitam dan panjang, lagi jimat!
2. Valak
Photo source: Atalanta Pisani |
Siapa tidak kenal Valak? Dia ni yang membuat bulu roma kita meremang dalam filem Hollywood, The Nun. Tetapi watak ini senang direplika, terutama oleh orang kita. Hanya perlukan jubah hitam, tudung hitam dan anak tudung putih. Jangan lupa cat muka dan contact lens kuning!
3. Badut
Photo source: Costume-works.com |
Badut sepatutnya diadakan untuk menceriakan kanak-kanak, namun realitinya adalah sebaliknya, semua kerana filem IT. Watak badut mengerikan ini senang dihasilkan, hanya dengan cat muka, belon merah diisi gas helium, dan gaun berwarna kelabu.
4. Toyol
Photo source: myartist.com |
Toyol sering didengar pada mitos orang-orang tua dan dibangkitkan jika ada duit yang hilang di sebuah rumah. Untuk dijadikan kostum pula memang senang dan jimat, hanya perlukan cat hijau serta mempunyai ketinggian 140 cm kebawah, tada! Anda seekor toyol.
5. Orang minyak
Photo source: kumparan.com |
Orang minyak salah satu hantu popular di Malaysia dan senang untuk diserupai (musim Halloween atau bukan) lagi-lagi pada waktu malam. Beli saja minyak hitam, rendam diri beberapa minit, dah siap untuk keluar trick-or-treat!
6. Cheerleader
Photo source: thewalrusroomblog.com |
Korek semula almari dan cari baju cheerleading zaman sekolah menengah, beli darah palsu. Itulah resepi untuk menjadi seorang arwah cheerleader. Senang kan?
7. Anda
Jadi sahaja diri anda sendiri kerana itu sudah cukup 'menakutkan', sekian. Happy Halloween!