BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 26 Oktober 2019

Bila Halloween, Teringat Misfits


Kenapa Misfits? Aku membesar dengan muzik punk rock dan salah satu band yang aku kagum dengan penampilan dan kreativiti mereka adalah band dari New Jersey, Misfits.

Mereka dikatakan pencetus sub-genre horror punk, dengan tema filem seram dalam penulisan lirik dan muzik mereka.

Logo tengkorak Fiend Skull mereka (gambar di atas) sudah jadi satu pop-culture fashion dengan banyak pemakai baju dengan logo itu tak tahu langsung asal usul design yang dipakai mereka.

Kerana Misfits juga, aku yang dilahirkan seorang penakut kepada benda-benda ghaib dan seram menjadi berani (sikit la) sebab (...) sila sambung sendiri.


Berikut lima lagu terbaik, pilihan aku dari Misfits dari awal penubuhan pada 1977 sehinggalah dibubarkan pada 1983. (Misfits dihidupkan semula oleh ahli kumpulan lain pada 1995).

Die, Die My Darling (1984)

Lagu yang dirakam pada 1981 ini dikeluarkan beberapa bulan selepas band berpecah dan dimuatkan dalam album yang amat popular daripada band itu, Earth A.D./Wolfs Blood.

Seram tak seram, judul lagu itu berdasarkan filem seram UK bertajuk Fanatic (1965) dan cover single lagu itu diambil dari komik seram Chamber of Chills.




Lagu ini bunyi macam romantik tapi sebenarnya seram, mengingatkan kita semua satu hari akan dimasukkan ke dalam kotak oblong (keranda).

“Don't cry to me oh baby, Your future’s in an oblong box, yeah!”

Die, Die My Darling sehingga kini dianggap one of the best song dirakam oleh the Misfits.

Mommy, Can I Go Out & Kill Tonight (1982)


Mula dikeluarkan sebagai live track pada album Walk Among Us (1982), adalah mengenai remaja yang memberontak kerana terpaksa turut atau patuh kepada kehendak orang lain dan perlu hidup sama seperti orang lain.

 


Aku tak pandai nak terangkan tapi kalau dengan lirik:

"Stayed in every night, do my homework so I'll be smart, Girls all say I;m a little f*****d, Mommy, I'm a good boy, Mommy, I'm a f***n' savior, Mommy, I'm alive, Mommy, can I go out and kill tonight?"

Faham kan?

We Are 138 (1978)

Lagu paling mysterious.

Apa dia yang dimaksudkan Kita Semua 138 yang ditulis Glenn Danzig pada 1978?

Band members ada menyatakan ia mungkin ada kaitan dengan filem sains fiksyen THX 1138 arahan George Lucas, di mana manusia dibawah pemerintahan robot/android.


Liriknya juga ada menulis “We are 138 in the eyes of cyborg”.

 


Tapi Danzig ada menepis pendapat itu dalam satu temubual pada tahun 2000 dengan menyatakan lagu itu mengenai keganasan.

Apa pun lagu ini berjaya menyatukan crowd yang hadir ke konsert mereka dengan semua melaungkan mereka adalah 138.

Last Carees (1980)

Antara lagu yang paling popular Misfits mungkin kerana band metal, Metallica pun main lagu ni sebagai cover.

Lirik paling ganas, pertama dirakam pada 1980, menceritakan pengakuan berani seorang pembunuh dan perogol bersiri dalam melodi yang romantik.


“Sweet lovely death, I am waitin; for your breath, come, sweet death, one last caress”

 


Halloween (1980)

Apa lagi, pasal cerita-cerita seram semasa Halloween, mitos meletak pisau cukur dalam gula-gula ketika kanak-kanak pergi keluar untuk trick or treat.

Lagu Halloween yang ditulis pada 1980 oleh Danzig adalah antara yang popular apabila band-band seperti AFI dan siap ada sekuel lagi, Halloween II yang turut menyaksikan band seperti Tenebre dan Cradle of Filth memainkannya dalam tribute to the Misfits.

 


Mungkin ada yang pelik, kenapa dengar lagu macam puja hantu dan macam mempengaruhi orang untuk membunuh, merogol dalam lagu-lagu Misfits ni?

Setakat ini, tiada pula kes yang mengaitkan pendengar lagu Misfits akan melakukan jenayah atau melakukan perkara syirik.

Anggaplah ini salah satu jenis penceritaan cerita seram, dalam bentuk muzik selain daripada baca buku dan menonton filem.


Siapa fiend Misfits? Kongsi cerita anda dengan kami.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu