BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 3 September 2020

Tip elak kemalangan semasa hiking



Aktiviti rekreasi alam semula jadi seperti hiking ataupun mendaki gunung, mendaki bukit, mandi air terjun atau mandi sungai merupakan aktiviti yang menyeronokkan selain menjadi hobi dan senaman yang sihat, tetapi...

Risiko kemalangan adalah tinggi, lagi-lagi jika anda tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas tentang keselamatan dalam melakukan aktiviti tersebut.


Ini lima tip oleh 
pendaki berpengalaman, Rexy Lum (@rexylum) untuk anda gunakan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan mana-mana aktiviti itu.


Rexy Lum di Taman Rekreasi Langtang, Nepal.
Foto: Instagram @rexylum


1. Kasut sangat penting


Bagi Rexy yang melakukan aktiviti mendaki lebih daripada 12 kali dalam sebulan, kasut untuk mendaki amat penting untuk mengelak risiko tergelincir, jadi jika tiada kasut, sila batalkan hasrat untuk mendaki. Jangan sesekali pakai selipar.

Sudah tentu kasut yang kalis air dan mempunyai cengkaman adalah terbaik, tetapi jika anda tidak mempunyai kasut khas untuk mendaki, kasut sukan yang mampu menampung berat badan ketika berjalan di jalan berlumpur dan licin boleh digunakan.

Saya yang baru sahaja mendaki bukit ke air terjun Lata Medang, sehari selepas insiden kematian berlaku, memilih untuk memakai kasut Adidas Ultraboost 6.0.


Saya bernasib baik kerana tidak berdepan apa-apa cabaran kecuali berjalan memasuki kawasan sungai kerana kasut itu bukan kalis air atau mempunyai cengkaman yang baik di tempat licin. 


Saya (@sarayamia) di air terjun sebelum ke Lata Medang.

2. Pakai baju macam nak mendaki, bukan nak pergi shopping mall

Pakaian adalah penting kerana anda akan mendaki selama beberapa jam.


Jika di Lata Medang, ia mengambil masa dua hingga tiga jam untuk sampai ke puncak.

Oleh itu, anda harus berpakaian selesa dan ringan dan bukan memakai baju cotton yang berat dan tebal.

Tip Rexy ialah, pakai baju berlengan panjang disertakan leggings jika anda tidak ingin digigit serangga.


Juga, pastikan material baju anda adalah yang jenis cepat kering, lagi-lagi jika anda menuju ke arah air terjun atau sungai.



Saya (@sarayamia) menikmati pemandangan air terjun Lata Medang buat kali pertama.

3. Lindungi diri dari matahari, hidupan liar


Jika kulit anda jenis yang sensitif kepada matahari atau anda seorang puteri lilin, sila pakai sunblock dan membawa topi untuk lindungi diri daripada cahaya UV yang boleh menyebabkan pelbagai reaksi.


Kita juga masuk di habitat haiwan dan serangga, jadi pastikan bersedia untuk berdepannya dengan membawa penghalau serangga (insect repellent).


Tip: Jika berdepan dengan ular ketika dalam perjalanan, jangan sesekali cuba untuk melarikan diri.


Sebaliknya, anda harus kekal tanpa bergerak sehingga haiwan itu melintas kerana haiwan itu biasanya tidak akan mengancam manusia dan hanya bertindak balas jika ia rasa terancam.


Saya (@sarayamia) bersama kawan-kawan dalam perjalanan ke air terjun Lata Medang.

4. Jangan sombong, daki beramai-ramai

Aktiviti mendaki bukit dan gunung bukan aktiviti yang sesuai dilakukan seorang diri atau berdua-duaan, terutamanya jika anda tidak berpengalaman atau jika anda tidak pernah ke lokasi yang tidak pernah pergi. 


Menurut Rexy, apabila dia ingin ke lokasi baharu, dia akan memastikan ada lebih daripada empat orang untuk daki bersama.


Rexy Lum bersama kawan-kawan di puncak Bukit Tabur, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram @rexylum

Selain itu, mendapatkan informasi dan peta jalan sebelum memulakan pendakian adalah terbaik agar dapat mengurangkan risiko sesat.

Pengalaman saya baru-baru ini ialah saya terlupa untuk mengambil screenshot jalan menuju ke Lata Medang.


Apabila sampai di kawasan bukit, line terputus dan kami sesat beberapa kali, namun bernasib baik kerana hari itu ramai orang lalu-lalang di jalan yang sama jadi kami mampu bertanya arah kepada mereka dan orang asli.




5. Jangan sesekali pergi ke kawasan larangan



Gambar mayat (ditutup) bersama orang berkemah di kawasan berdekatan air terjun Lata Medang.
Foto: Instagram @rexylum

Rexy yang merupakan saksi kepada kejadian kematian di mana seorang lelaki dalam lingkungan 20-an tergelincir dari atas air terjun, Sabtu lalu berkata, ia adalah sangat penting untuk tidak memasuki kawasan larangan.

Insiden Sabtu lalu di air terjun Lata Medang berlaku kerana mangsa tersilap jalan dan naik ke puncak di mana kawasan itu tidak sepatutnya dimasuki orang kerana berbahaya.


Mangsa yang ingin mengambil selfie pada ketika itu tergelincir dan terjatuh ketika melakukan aktiviti di kawasan air terjun. 


"Sentiasa berada di kawasan yang selamat bersama orang ramai dan jangan sekali-kali mengambil risiko, lagi-lagi apabila berada di kawasan air terjun. Sentiasa melihat di mana anda berpijak dan jangan hilang tumpuan," kata Rexy kepada Rancak TV melalui mesej Instagram.


BACA: Insiden ngeri di Lata Medang

Sumber foto: Echo Wang


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu