BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 7 September 2020

3 Fakta Menarik tentang Tanjak



Setiap negara moden perlu ada nilai-nilai tradisi bagi mencapai keseimbangan pencapaian kemodenan dan kekal unik di mata dunia.

Begitu juga dengan Malaysia yang kini diambang membangun.

Kita harus bersyukur dan kekalkan adat-adat tradisi sedia ada, termasuk seni warisan tanjak yang sudah wujud sejak zaman tok kadok dahulu.


Berikut tiga fakta menarik tentang tanjak.


Bukan semua tanjak dipakai cara sama


Menteri Komunikasi dan Multemedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang melancarkan program Tanjak Merdeka, pada Jumaat berkata, setiap tanjak yang juga dikenali sebagai tengkolok mempunyai cara pemakaian tertentu mengikut negeri dan status seseorang.

“Ada sesetengah tanjak, dia ada cara pemakaian khas bagi raja dan cara pemakaian bukan raja. Jadi kena pastikan jangan terbalik, rakyat jangan pakai cara raja pakai," katanya.

Setiap jenis tanjak ada nilai keunikan tersendiri

Bagi Saifuddin yang berasal dari Pahang, terdapat banyak jenis tanjak yang memiliki nama dan ciri-cirinya tersendiri mengikut negeri.



Foto: pencintawarisanmelayu.blogspot

Sebagai contoh, Tanjak Putera Kayangan iaitu tanjak negeri Perlis (gambar di atas), serta Tanjak Laksmana Terengganu iaitu tanjak negeri Terengganu (gambar di bawah).


Foto: pencintawarisanmelayu.blogspot

Antara variasi yang lain termasuk Tanjak Lang Patah Sayap dari Selangor, Tanjak Lubang Layar dari Johor dan Tanjak Raja Naik Bersiram dari Pahang.

Bukan sahaja simbol Melayu, simbol Malaysia

Walaupun tanjak yang dicipta sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan sehingga kini dikaitkan dengan istana serta digunakan sebagai simbol kepahlawanan bangsa Melayu, namun ia tidak semestinya kekal sebagai simbol Melayu sahaja.

Menurut penyanyi, Noraniza Idris, tanjak boleh dijadikan simbol negara Malaysia dan dipakai di majlis-majlis rasmi atau majlis Kemerdekaan oleh semua bangsa di Malaysia.

"Tidak kira bangsa, tanjak yang begitu unik boleh dijadikan sebagai ikon negara serta tarikan bagi pelancong luar, lagi-lagi jika kita terapkan elemen seni warisan tanjak dalam semua majlis atau sambutan rasmi negara," katanya.


Sumber foto: Deva Darshan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu