Pelitup muka merupakan alat perlindungan kesihatan yang sangat berguna, lagi-lagi pada masa pandemik.
Ia mampu menapis pencemaran di udara termasuk mikroorganisma seperti bakteria atau virus seperti SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19.
Namun, jika masyarakat tidak prihatin dengan cara penggunaan dan cara pembuangan alat itu, ia boleh menyebabkan kesan yang sangat buruk terhadap alam sekitar.
Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), jika satu peratus daripada pelitup muka dihapuskan dengan cara tidak betul, ia akan menyebabkan pembuangan 10 juta pelitup muka di persekitaran kita termasuk sungai, tasik dan laut, setiap bulan.
Apa cara betul nak buang pelitup muka?
Foto: Instagram @seekthetruth |
Sebaik-baiknya jangan menggunakan pelitup muka pakai buang.
Lebih baik untuk menggunakan pelitup muka yang diperbuat daripada kain yang boleh dicuci dan dipakai semula.
Jika anda tiada pilihan dan terpaksa mengguna pelitup muka pakai buang, anda harus lebih peka dengan cara penghapusan yang lebih eco-friendly ataupun mesra alam.
Sumber foto: RSPCA |
Contohnya, jangan buang di dalam lubang tandas kerana selain boleh menyebabkan sistem saluran kumbahan tersumbat, ia boleh menyebabkan pelitup muka mengalir ke dalam sungai atau air laut dan menambah kepada beban pencemaran alam sekitar yang sudahpun tercemar.
Juga, jangan sekali-kali membuang pelitup muka di merata tempat dengan harapan "ada orang akan buangkan".
Tiada siapa seharusnya bertanggungjawab untuk mengutip sampah anda kecuali anda sendiri.
Sebaliknya buangkan alat itu ke dalam tong sampang tertutup, dan jika boleh, ketipkan kedua-dua belah benang di tepi.
Perkara itu mampu mengurangkan risiko hidupan liar seperti burung atau penyu terperangkap oleh bebenang itu.
Apa kesan pelitup muka terhadap alam sekitar?
Sumber foto: Claudio Schwarz |
Masalah sekarang ialah pelitup muka pakai buang, di mana ia direka untuk tidak diguna pakai lebih daripada sekali bagi mengelak jangkitan.
Oleh itu, orang ramai yang mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tidak memakai semula pelitup muka yang sudah diguna, ia akan menambah kepada beban pencemaran alam sekitar sedia ada.
Lagi-lagi apabila orang ramai tidak menghapuskan pelitup muka dengan betul dan tidak sihat kepada alam sekitar, seperti membuangnya di merata tempat atau pun dibuang ke dalam mangkuk tandas (flushed).
Jika masalah penghapusan pelitup muka tidak ditangani dengan segera, lama kelamaan ia akan menjadi satu isu besar yang baharu, selepas isu botol dan plastik yang sehingga kini masih tiada penyelesaian.
Sumber foto: Visuals