BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 18 September 2020

#GlazersOut Dilema Penyokong Manchester United



Manchester United tidak pernah menanggung hutang sejak 1931, sejak hampir muflis pada 1930.


Bayangkan, sejak keluarga Glazer ambil alih United pada Mei 2005, dalam tempoh sebulan sahaja, hutang kelab itu meningkat 97%, sehingga terpaksa dikeluarkan daripada senarai Bursa Saham London.


Apa permainan keluarga Glazer ni sebenarnya?


Manchester United adalah salah satu pasukan bola sepak paling kaya di dunia.


Setiap tahun, United meraih keuntungan, walaupun tidak mempunyai kejayaan yang signifikan dalam tempoh tujuh tahun.


Sejarah kegemilangan United serta jenamanya yang senang dikaitkan sebagai sebuah kejayaan, membuatkan pengaruhnya tidak akan hilang dengan begitu sahaja.


Sejak 2005, hashtag Glazer Out terus digunakan di media sosial dalam usaha menyingkirkan keluarga Glazer dari Manchester, yang kini didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE).


Kali terakhir Manchester United menang Premier League adalah pada 2013. Foto: premierleague.com

The Red Devils sebenarnya tenat, keluarga Glazer terbukti tidak mahu melabur duit yang sepatutnya untuk kelab itu.


Sebaliknya setiap tahun, di mata penyokong, mereka dilihat hanya mengaut puluhan juta pound dividen daripada saham kelab itu dan tiada pelan untuk mengurangkan hutang dengan cekap.


Laporan Swiss Ramble menunjukkan keluarga Glazer mengaut dividen sebanyak £89 juta dalam tempoh lima tahun, dari musim 2014/15 sehingga 2018/19.




Tak salah sebagai pemilik untuk mengaut keuntungan itu kerana ini semua hanya satu perniagaan, namun hutang dan kegemilangan kelab semakin pudar akibat tindakan itu.


Berbeza dengan pemilik Amerika Syarikat Liverpool, John W Henry bersama Fenway Sports Group (FSG), rakan kongsinya Tom Werner dan Mike Gordon tidak menerima gaji terus dari Anfield, tetapi tabung FSG.


Lagi yang membuat penyokong United marah, pemilik Chelsea, Roman Abramovich sendiri melabur kembali £440 juta kepada kelab kesayangannya itu, hasil keuntungan yang diperoleh.


Roman Abramovich sayang Chelsea, bukan macam Glazers. Foto: Middle East Monitor

Seperti United, perkara yang sama berlaku kepada Tottenham Hotspur, bayaran dibuat kepada pemilik lebih tinggi daripada yang dilaburkan semula oleh pemilik itu sendiri.


Dalam tempoh lima tahun yang lalu, pemilik Spurs telah mengeluarkan £40 juta, disebalik mengaburi mata penyokong dengan membangunkan stadium baharu kelab itu.


Selain masalah dalaman pemilikan kelab, stadium Old Trafford juga dilaporkan mengalami kerosakan yang teruk.


Laporan Daily Mail sebelum ini mendedahkan kos untuk membaik pulih Old Trafford adalah lebih daripada £200 juta (RM1.07 bilion).


Bukan itu sahaja, sesiapa yang nak mengambil alih Manchester United daripada keluarga Glazer perlu ada sekurang-kurangnya £2.4 bilion (RM12.9 bilion), selain menangung kos baik pulih tersebut.


Glazer’s mengambil alih Old Trafford pada 2005 dengan nilai £790 juta (RM4.23 bilion), juga menyebabkan United menanggung hutang lebih £500 juta (RM2.67 bilion).


Tiada siapa yang boleh membeli United daripada keluarga Glazer kerana nilai United yang terlalu tinggi selain hutang yang terlalu banyak.


Pada 2010, hutang United mencecah £716.5 juta, sehingga terpaksa membiayai semula hutang tersebut dengan menerbitkan beberapa siri bon yang terdiri daripada dua bahagian.


Jika penyokong mahu menyingkirkan Glazer dengan memboikot pasukan itu, ia akan memburukkan lagi situasi yang dianggap sesetengah pihak sebagai beyond repair.


Boikot hanya merugikan United dari segi kewangan dan kejatuhan nilai.


Jika ini berlaku keluarga Glazer sudahpun selamat dengan keuntungan yang tidak akan dipulangkan semula kepada United.


(Fakta: George Soros merupakan salah satu pembeli IPO Manchester United di NYSE)


Sumber: Investopedia/90min/SwissRambles


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu