BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 20 Oktober 2020

Beza Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya


Pada Selasa, Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya, sekali gus mengubah status Subang Jaya kepada sebuah bandar raya.


Perkara itu mendapat perkenan Sultan Selangor setelah Subang Jaya dilihat memenuhi kriteria untuk menjadi sebuah bandar raya, sama seperti Ipoh, Pulau Pinang dan  Shah Alam.


Untuk memahami mengapa kenaikan taraf bandar kepada bandar raya berlaku dan apa kriteria-kriteria yang harus diteliti, teruskan membaca artikel ini.


Siapa mentadbir bandar raya?


Bandar raya di Malaysia ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu kerajaan yang berada di peringkat paling rendah dalam sistem pentadbiran negara.


PBT terbahagi kepada empat, iaitu Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. 


Antara contoh Dewan Bandaraya termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).


Apa beza Majlis Bandaraya dengan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah?



Menurut portal rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dewan/Majlis Bandaraya merupakan Majlis Perbandaran yang dinaik taraf kepada bandar raya setelah melepasi kriteria tertentu.


Antara kriteria Dewan/Majlis Bandaraya ialah jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan pendapatan tahunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melebihi RM100 juta.


Majlis Perbandaran pula merupakan bandar urban yang memiliki kriteria jumlah penduduk melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.


Manakala Majlis Daerah lebih kepada luar bandar dengan kriteria jumlah penduduk kurang 150,000 dan pendapatan tahunan kurang RM20 juta.


Sumber foto: Ayan Zaman



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu