ADIDAS juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan koleksi retro untuk pasukan-pasukan besar naungannya.
Namun enam jersi Koleksi Ikon ADIDAS 2019 ini tidak dipakai di atas padang dalam mana-mana perlawanan, hanya sebagai satu lagi keluaran untuk para penyokong.
Tahun lepas, ADIDAS telah mengeluarkan edisi jersi retro yang turut dinamakan Koleksi Ikon yang diinspirasi daripada era 50-an dan 60-an. Untuk tahun ini nampaknya rekaan era 90-an menjadi trend.
Ini antara jersi Koleksi Ikon 2018. - Sumber gambar footyheadlines.com |
Koleksi Ikon ADIDAS 2019 merangkumi jersi retro untuk lima Pasukan Premium ADIDAS bagi musim 2019/2020 iaitu Arsenal, Bayern Munich, Juventus, Real Madrid dan Manchester United.
Selain itu ADIDAS juga akan mengeluarkan jersi untuk kelab Brazil, Flamengo dalam koleksi tersebut.
Selain itu ADIDAS juga akan mengeluarkan jersi untuk kelab Brazil, Flamengo dalam koleksi tersebut.
Kesemua jersi Koleksi Ikon kali ini dikeluarkan dalam versi lengan panjang (tiada lengan pendek) dan jenis fabrik yang diinspirasi dari zaman 80-an dan 90-an.
Sudah boleh dibeli di pasaran sekarang. Check it out.
Sudah boleh dibeli di pasaran sekarang. Check it out.
Arsenal
Bayern Munich
Juventus
Real Madrid
Manchester United
Apa macam? Menarik hati mengimbau kenangan lalu? Kongsilah pandangan anda dengan kami, jangan segan.