Kira-kira sebulan selepas melancarkan jersi ketiga Inter Milan untuk musim 2019/2020, Nike melancarkan koleksi kapsul yang bertemakan perlumbaan/racing bagi meraikan jalinan kerjasama yang mencecah usia 25 tahun antara Inter Milan dengan Pirelli.
Pirelli menjadi penaja utama yang terpampang di dada pada pemain Inter sejak 1995. Namun ada khabar angin mengatakan yang mereka akan menamatkan kerjasama itu pada penghujung musim ini.
Masa depan belum pasti, yang penting hari ini. Ayuh kita tengok item yang terdapat dalam koleksi istimewa ini yang sudahpun dijual di kedai-kedai terpilih juga di atas talian.
Topi Inter L91
Jaket NRG
Baju lengan panjang Inter 'Ignite'
Kemeja T Inter'Evergreen'
Stail tak stail? Komen sikit.
Sumber photo: Nike