BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 28 November 2019

Kenapa kami suka ASICS GlideRide?


Memperkenalkan abang kepada Metaride yang dilancarkan Februari tahun ini pada minggu Tokyo Marathon 2019. Kepada yang follow Instagram @ianjohanariff tahu lah ceritanya di Jepun. 

Tapi boleh baca di Astro AWANI mengenai pelancaran MetaRide dan perjalanan Aishah Sinclair menuju ke Tokyo Marathon 2019.

Apa yang menyebabkan GlideRide ni sempoi berbanding kasut-kasut running yang lain?

1. Bahagian depan kasut ini untuk ibu jari anda adalah luas untuk wiggle dan elakkan kecederaan pada jari.

Sesuai untuk tapak kaki lebar, bahagian depan itu dibuat daripada mesh yang dikenali sebagai multi-directional mesh yang dijahit dengan corak yang memberi struktur kepada bahagian tertentu dan fleksibiliti. Bahagian toe box ini juga agak tinggi, luas dan lebih lembut. 



2. Rocker shape ni best untuk berlari

Seperti kita membuai bayi di buaian mereka atau kerusi goyang (rocking chair) GlideRide dengan teknologi GuideSole menyokong larian kita seperti tindakan itu.

Tapak yang tebal dan melengkung ini memberi pergerakan yang baik apabila anda berlari, seperti hayunan yang memberi return energy yang agak berkesan.

Reka bentuk ini bagaimanapun tidak memberi kelebihan kepada kita untuk berjalan atau guna sebagai kasut harian.

Berbeza dengan MetaRide, dengan reka bentuk yang hampir sama, tiada bahagian hollow atau lubang di tengah-tengah tapak GlideRide.

GlideRide juga lebih ringan daripada MetaRide, berdasarkan review RTR Review. Saiz 9 US GlideRide adalah 289 gram, 23 gram lebih ringan daripada MetaRide.








Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu