BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 7 November 2019

Mitos Kesihatan Fizikal Terjawab



Di era informasi ini, manusia sering terima apa jua informasi yang disampaikan tanpa melakukan verifikasi, lebih-lebih lagi jika informasi itu yang disebar dari mulut ke mulut. 

Walaupun informasi atau 'mitos' itu hanya merupakan kepercayaan yang tiada sokongan fakta ilmiah, kita secara tidak langsung mengikut dan menggunakannya sebagai panduan hidup.

Ada kalanya mitos itu tidak masuk akal, namun apabila didengar dari mulut orang tua, ia membuat kita lebih senang untuk terima dan percaya.

Dalam sektor sukan dan kesihatan fikizal juga terdapat banyak mitos di mana kita mengikut sejak waktu sekolah lagi tanpa sebarang persoalan, sebenarnya betul ke?

Berikut adalah beberapa mitos kesihatan fizikal terjawab oleh pakar jurulatih di Thrive Boutique Studio Kuala Lumpur, Nicholas Chong dan Nadia Valentina.

Foto ini: Nicholas Chong boleh ditemui di Thrive Boutique Studio bersama dengan
Nadia Valentina (foto atas) yang terletak di Desa Park City.

Betul ke static stretching boleh menyebabkan kecederaan? 

Merenggangkan otot secara aktif atau active stretching adalah lebih digalakkan. Aktiviti merenggangkan otot supaya menyerupai senaman yang akan dilakukan dapat menyediakan otot sebelum senaman sekali gus mengelak daripada ketegangan otot atau kecederaan mengejut. Jadi betul, static stretching yang dilakukan sebelum Pendidikan Jasmani di waktu sekolah boleh menyebabkan kecederaan dan sebaliknya buatlah active stretching. 

Betul ke bersenam pada waktu malam boleh menyebabkan insomnia? 

Logik kepada ini ialah apabila bersenam, suhu badan menjadi tinggi dan apabila tiada masa yang cukup antara waktu senaman dan waktu tidur, tiada pula masa untuk suhu badan menurun kepada suhu normal. Hormon Endorfin yang masih aktif juga boleh menyebabkan segelintir individu untuk mengalami insomnia. Namun ini bergantung kepada setiap individu. 

Betul ke mandi air sejuk selepas bersenam boleh menyebabkan panau? 

Ini adalah tidak benar, malah mandi selepas bersenam lebih digalakkan supaya dapat mengelak daripada bakteria berkumpul pada kulit badan dan menyebabkan jerawat. Bagi suhu air pula, ia tidak membawa kepada apa-apa perbezaan, tak kira air panas atau sejuk, jangan lupa mandi selepas bersenam. 

Betul ke pesakit lelah tidak boleh bersenam? 

Tak betul, kerana senaman adalah penting untuk jantung setiap individu termasuk pesakit lelah. Jika anda mempunyai asma, anda boleh bersenam pada keamatan yang rendah dan mula perlahan-lahan sebelum memberi seratus-peratus pada senaman tersebut. 

Anda juga digalakkan untuk merujuk kepada pakar atau doktor bagi mengetahui senaman mana yang lebih sesuai bagi kondisi anda. Suhu di tempat senaman juga penting bagi pesakit asma, di mana kawasan suhu tinggi lebih baik berbanding suhu rendah. 

Betul ke overhydration (penghidratan lampau) boleh jadi ketika bersenam? 

Overhydration boleh jadi, namun jarang sekali ketika bersenam. Ini kerana apabila kita bersenam, kita mengeluarkan air daripada badan untuk menurunkan suhu badan yang berubah dengan pantas ketika melakukan aktiviti senaman. 

Ini menyebabkan kurang air sekali gus menyebabkan dihidrasi. Setiap individu harus minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari untuk menggantikan air yang keluar melalui proses berpeluh.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu