BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 14 November 2019

Motorola Razr is BACK!






Siapa yang pernah pakai handphone sejak awal tahun 2000 pasti akan tahu betapa style-nya memakai telefon Motorola Razr.

Phone dengan layar lipat yang diperkenalkan pada tahun 2004 itu kembali tahun ini, dengan sistem operasi Android (9) dan skrin lipat yang bersambung dengan lebih kemas.

Ia juga mengekalkan legasi telefon mudah alih dengan layar lipat yang sangat popular satu ketika dahulu, yang dikeluarkan Motorola.

Mahal sebenarnya Razr baru ni, dekat Amerika Syarikat pakej untuk memiliknya adalah berharga USD$1500.

Dengan spesifikasi yang lebih rendah dan kamera yang tak berapa canggih berbanding Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X, mungkin ini satu turn-off.

Skrin OLED Razr boleh dilipat untuk menutup skrinnya menjadi lebih kecil dan dibuka untuk menjadi saiz telefon mudah alih yang biasa (6.2 inci).

Sementara Galaxy Fold dibuka lipatannya untuk bertukar menjadi saiz sebuah tablet.


Semasa skrin Razr ditutup, anda boleh menggunakan skrin bahagian depan yang berukuran 2.7 inci yang dikenali sebagai Quick View.

Dengan Quick View, pengguna boleh melihat notifikasi, mengawal muzik dan juga kamera.

Razr menggunakan pemproses Snapdragon 710 dan RAM 6 GB selain storage dalaman 128 GB.

Kamera belakangnya adalah 16 MP manakala di depan 5 MP. 

Kalau dulu orang suka pakai flip phone, mungkin the next trend untuk mobile phone adalah fold phone.

Photo: Twitter/ @MotorolaUS





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu