BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 13 Disember 2019

Jersi pisang 'mangkaq' & koleksi retro Arsenal dilancar


Walaupun prestasi atas padang yang agak buruk musim ini, ada satu benda yang Arsenal menang - bajunya.

Selepas koleksi jersi utamanya menggamit perhatian - terutamanya jersi kedua berwarna kuning, Adidas mengeluarkan koleksi retro termasuk remake jersi era 90-an yang rekaannya mereka panggil bruised banana, atau dalam loghat Pulau Pinangnya 'pisang mangkaq' (mangkaq = buah yang lebam).

Jersi pisang mangkaq dalam koleksi itu dibuat 'sebijik' macam keluaran tahun 91/93 dengan lengan pendeknya, kolar-V, penajanya JVC serta logo Trefoil Adidas Originals dan perisai lama The Gunners pra-2002.

Selain jersi kuning itu, melengkapkan koleksi penuh tersebut adalah empat lagi helaian pakaian iaitu baju sejuk crew neck, track top dan track bottom. Semuanya dicap dengan logo Trefoil Adidas.


Tua dah David Seaman.



"Sungguh hebat melihat Adidas dan Arsenal mengembalikan semula beberapa rekaan ikonik yang menjadi bahagian besar dalam karier saya pada 90-an. Ia mungkin sesuatu yang ramai penyokong harap-harapkan apabila kerjasama (Adidas dan Arsenal) diumumkan," kata legenda The Gunners, Ian Wright.

Keluaran ini turut disertakan dengan sebuah filem pendek yang menampilkan beberapa legenda Arsenal era 90-an dan pemain hari ini dari skuad lelaki dan wanita, memperagakan koleksi menarik ini.

Koleksi Adidas Originals X Arsenal mula dijual di pasaran pada 11 Disember 2019 di adidas.com. Check them out, lads!

*Sumber gambar daripada Soccer Bible.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu