BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 20 Januari 2020

#FaktaRancak Brando






#FaktaRancak Marlon Brando (The Godfather, Apocalypse Now) adalah antara pelakon paling halus pernah menyinari Hollywood. Beliau memperhalusi bakat lakonannya dengan tunjuk ajar Stella Adler yang berpegang kepada sistem Stanislavski.

Pernah Stella menceritakan ketika mengajar Brando, beliau meminta kelasnya berlakon sebagai ayam dengan situasi di mana sebiji bom atom sedang digugurkan. Ketika semua pelajar berlari lintang pukang sambil berkokok dan berkepak, cuma Brando duduk di satu sudut beraksi seperti sedang bertelur.

Ditanya Adler mengapa tidak panik dan bertempiaran seperti ‘ayam’ lain? Jawab Brando, "Aku ayam - apa yang aku tahu pasal bom?"

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu