BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 15 Januari 2020

Langkah-langkah Mencegah Jangkitan Influenza

Source: KKM


Baru-baru ini, wabak Influenza A telah kembali ke Malaysia dan menyebabkan penutupan sekolah di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Selangor berikutan terdapat pelajar sekolah yang disahkan positif virus tersebut.

Selain kanak-kanak, antara individu yang berisiko tinggi mendapat Influenza ialah warga emas atas 65 tahun, wanita hamil, individu yang menghidap penyakit kronik serta individu obes.

Berikut adalah cara-cara mencegah dan mengelak daripada diri dan orang sekeliling dijangkiti virus Influenza.

1.       Mendapatkan vaksinasi Inlfuenza A secara tahunan.

Suntikan vaksin menyebabkan badan mengeluarkan antibodi dan melindungi diri daripada jangkitan virus. Anda dinasihatkan agar mengambil vaksin sebelum musim jangkitan.

2. Amalkan adab batuk baik dengan menutup mulut dan hidung.

Menutup mulut ketika batuk atau bersin dengan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) dapat memastikan virus tidak merebak.

3. Buang tisu atau penutup mulut dan hidung.

Pastikan tisu dan penutup hidung dan mulut dibuang ke dalam tong sampah bertutup selepas digunakan.


4.       Bersihkan permukaan sekurang-kurangnya sekali sehari.

Virus boleh hidup di permukaan tanpa hos (manusia) selama 24 jam. Pastikan permukaan yang sering disentuh seperti meja, keyboard komputer dan pemegang pintu dibersihkan setiap hari.

5.       Elakkan menyentuh muka dengan tangan, dan jauhkan tangan daripada bahagian mulut dan hidung.

Menyentuh permukaan yang telah dicemarkan tidak akan menyebabkan anda dijangkit, namun jangkitan akan berlaku jika tangan yang mempunyai virus menyentuh membren mukosa (mulut/hidung).

Jadi, sudahkah anda mendapat suntikan vaksin Influenza tahun ini?

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu