BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 4 Januari 2020

Lima Bahasa Cinta. Yang manakah anda?



Setiap pasangan pastinya ada Bahasa Cinta yang mereka lebih cenderung untuk guna apabila berkomukasi antara satu sama lain.

Dr Gary Chapman dalam novel karyanya berjudul The Five Love Languages membahagikan lima kategori Bahasa Cinta demi membezakan cara-cara setiap individu berinteraksi dalam sesebuah hubungan.

1. Kata-Kata Manis
Bahasa Cinta ini dapat membuktikan cinta anda terhadap kekasih dalam bentuk lisan.
Kekasih anda akan berasa dihargai apabila diyakinkan dengan kata-kata manis seperti “terima kasih, sayang” atau “cantiknya hari ini”.

2. Masa Berkualiti
Perhatian penuh anda yang diberi kepada kekasih akan membuatnya gembira.
Sebagai contoh, luangkan masa untuk keluar makan berdua sekali-sekala adalah cukup untuk membuat si dia terasa dicintai.

3. Memberi Hadiah
Individu cenderung kepada Bahasa Cinta ini merasakan usaha adalah penting dalam hubungan percintaan. Hadiah itu tidak perlu berbentuk materialistik atau mahal, namun apa yang penting ialah usaha anda memikirkan pasangan anda ketika membeli-belah.

4. Memberi Bantuan
Perkara ini akan membuktikan cinta anda dengan mengurangkan beban pasangan anda.
Contohnya, usaha anda menolong si dia membuang sampah, mengangkat barang atau membeli barang dapur akan menunjuk bahawa anda memberi kisah.

5. Sentuhan fizikal
Pelukan, berpegang tangan atau menepuk belakang si dia saja dapat membukti terdapatnya cinta antara anda berdua.

Jadi kategori Bahasa Cinta manakah yang sesuai bagi anda dan pasangan anda?

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu